Pages

Wednesday, 6 December 2017

Dua beradik maut kereta terjunam ke dalam sungai


MIRI: Dua beradik mati lemas setelah kereta yang mereka naiki terjunam ke dalam sungai dalam kejadian yang berlaku di sebuah feri milik sebuah syarikat perladangan di Sungai Liku, di sini tengah hari tadi (semalam).

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Gary Neville Willson, 21, dan abangnya Gabriel Brian Sibak Willson, 23, serta berasal dari Debak, Betong.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 12.40 tengah hari itu, pemandu kenderaan terbabit dipercayai telah menekan minyak untuk membolehkan kenderaannya melalui permukaan berbongol di lantai feri, namun kemudian hilang kawalan dan terbabas ke hadapan sebelum terjunam ke dalam Sungai Liku.


Difahamkan, dua beradik terbabit pertama kali menaiki feri itu untuk menghantar barang ke rumah bapa saudaranya yang bekerja di ladang berhampiran, terletak di seberang sungai.

Kenderaan mangsa berjaya didaratkan sekitar jam 4.30 petang namun tiada mangsa djumpai dalam kenderaan tersebut.

Pasukan penyelam dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Miri yang terus melakukan selaman di lokasi kejadian berjaya menjumpai mayat Gary sekitar jam 5 petang.

Manakala mayat abangnya, Gabriel dijumpai jam 5.25 petang.

--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment