Pages

Monday, 14 November 2016

Fenomena air pasang besar paling tinggi di Malaysia di Kuching

FENOMENA air pasang besar mencecah 6.1 meter, yang bermula jam 5 petang  menyebabkan beberapa kawasan penempatan di sekitar bandar raya ini ditenggelami air berlaku pada 9 februari 2016

KUCHING: Sarawak menerima amaran air pasang besar paling tinggi berbanding stesen-stesen lain di seluruh negara, bermula hari ini hingga Rabu depan.

Menurut Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), “amaran kuning” dikeluarkan kerana air pasang besar ini dijangka melepasi ketinggian maksimum.

Air pasang besar di Stesen Pulau Lakei di Kuching dijangka mencapai setinggi 4.48 meter ke 5.03 meter manakala Stesen Kukup di Johor menerima 3.40 meter ke 3.80 meter.

“Stesen Johor Bharu pula menerima 3.20 meter ke 3.37 meter, Stesen Tawau (3.19 meter – 3.51 meter) manakala Stesen Pulau Langkawi (3.01 meter – 3.14 meter)

“Turut diberi amaran kuning Stesen Tanjung Gelang, Pahang (2.78 meter – 3.17 meter), Stesen Sandakan, Sabah (2.28 meter – 2.53 meter ), Stesen Pelabuhan Klang, Selangor (2.07 meter – 2.53meter ) dan Stesen Geting, Kelantan (1.25 meter – 1.44 meter)

Nadma turut menasihatkan agensi-agensi penguatkuasa dan penyelamat untuk pusat membuka bilik gerakan di daerah yang berkaitan bagi mengambil tindakan yang proaktif dalam persiapan menangani air pasang besar.

Sementara itu, fenomena “supermoon” yang berlaku pada malam ini bermula jam 7.24 malam hingga 9.54 malam dijangka akan turut memberi kesan kepada peningkatan paras laut.

Bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun lalu, menurut kenyataan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi beberapa hari lalu.

Berdasarkan ramalan, air pasang raja dijangka berlaku setinggi 6.2 meter pada hari ini dan 6.4 meter pada esok hari.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, pada waktu yang agak berbahaya ini, orang ramai dinasihatkan mengelakkan aktiviti-aktiviti seperti memancing atau beriadah di tempat-tempat yang dinyatakan berbahaya terutama dalam fenomena air pasang besar ini.

“Ini adalah kerana sekiranya berlaku hujan yang lebat diikuti oleh angin yang kencang, ia akan membahayakan orang ramai.

“Air sungai akan melimpah ke laut lebih cepat dan kadang-kadang lebih tinggi daripada aras laut, seterusnya mengakibatkan keadaan laut lebih bergelora.

“Bagi mereka yang perlu turun ke laut,  utamakan keselamatan di laut dan pakaikan jaket keselamatan yang mungkin akan menyelamatkan nyawa.”
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment