Jumaat lepas, selepas kerja saya ke VivaCity Mall, Kuching singgah untuk beli barang. Biasalah, waktu-waktu macam ni semua orang berpusu-pusu ke mall sebab dah mula musim hujung minggu.
Oleh sebab itu, saya terpaksa tunggu masa yang lama untuk cari parking kereta. Sudah lama tunggu, akhirnya jumpa parking betul-betul depan entrance.
Kebetulan di belakang saya ada kereta Hilux. Pemandunya seorang lelaki cina, mempunyai banyak tatu, pakai rantai dan gelang emas dan rupanya seperti taiko besar. Dia dah bagi signal ke kanan (seperti hendak masuk ke tempat parking depan saya yang saya nak masuk ni). Saya tak sengaja bagi signal ke kanan juga (alamak! Naya kena belasah nanti). Saya pandang belakang, saya tengok lelaki cina ini sudah padamkan signal. Saya hulurkan tangan dan bagi isyarat suruh dia masuk dulu.
Gambar sekadar hiasan |
Ajaibnya, dia tak nak masuk. Dia sempat senyum sambil bagi isyarat balas "tak mengapa" dan suruh saya sahaja yang masuk di situ.
Saya terkejut, kerana berlainan sungguh dengan pengalaman saya di salah sebuah negeri di semenanjung (tak nak sebut negeri mana). Situasi yang sama cumanya di sebuah pasar terbuka pada waktu tengahari terik. Panas melampau. Dah dekat setengah jam baru jumpa ada kereta nak keluar. Saya sudah standby depan parking kereta itu untuk tunggu dia undurkan kereta. Semasa kereta itu bergerak undur, sebuah kereta wira sedan warna hitam datang dari depan (melawan arus) kemudian memecut ke arah saya. Saya sudah bagi signal awal2.
Selesai sahaja kereta tadi undur dan keluar dari parking, kereta wira sedan tadi masuk terus tanpa pedulikan saya yang tengah lama menunggu. Yang keluar dari kereta wira sedan itu seorang wanita lingkungan 40 tahun, bertudung labuh, pakai kain sarung. Nampak seperti makcik solehah, tapi sedihnya hanya rupa sahaja nampak baik, tapi perangai susah nak cakap.
Kesimpulannya, sejak insiden jumaat itu saya teringat peristiwa 4 tahun lepas di sana. Yang di sini, rupanya ganas tapi hati banyak baik ooo... Sana, rupa banyak baik, perangai you sendirj cakaplah.
Syukur duduk di negeri Sarawak. Orang yang santun, berbudi bahasa.
#LoveSarawakForever
Penafian: Tulisan ini bukannya bermaksud membangkitkan sentimen kenegerian. Tetapi, lebih kepada unsur renungan bersama dari dua kisah yang benar-benar berlaku. Saya tak mengandaikan semua orang sebegitu berdasarkan negeri atau tempat dia duduk. Saya hanya bertujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk tidak menilai orang lain hanya dari luaran. Sekian.
Kredit FB : Syahrizzal Arfandy
yes, ini lh swk...
ReplyDelete