Pages

Sunday, 8 October 2017

Abang Jo bidas Mahathir di depan anak Sarawak di Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR: Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg semalam menegaskan bahawa rakyat Sarawak bukan bodoh dan dapat diperdaya oleh pembangkang termasuk Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Biar kami tentukan masa depan kami. Orang Sarawak bukan ‘paloi,” katanya menggunakan dialek Melayu Sarawak yang bermaksud bodoh.

Ketua Menteri menjawab soalan seorang peserta Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAK) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam tentang kunjungan pertama Tun Mahathir ke Sarawak dua minggu lalu. Sekitar 5,000 orang anak Sarawak hadir dalam majlis itu.

Katanya, rakyat Sarawak mempunyai prinsip dan mahu pemimpin politik yang dapat menunaikan janji dan projek pembangunan.

Beliau membidas  bekas Perdana Menteri itu kerana bekerjasama dengan pemimpin DAP Lim Kit Siang yang dikritik dan diberinya pelbagai label
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment