Pages

Wednesday 23 September 2015

Kuching Kembali Berjerebu


Selepas hampir seminggu kualiti udara di negeri ini pulih, jerebu kembali melanda Sarawak hari ini dengan Kota Samarahan kembali mencatat  Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di negara setakat hari ini.

Hingga jam 7 pagi tadi , bacaan IPU di Samarahan berada pada paras 188, Kuching (172) dan Sri Aman (137). 


Tinjauan di sekitar Bandaraya Kuching pagi semalam, jerebu mula melanda seawal jam 8 pagi dan bertambah teruk pada jam 11 pagi dengan jarak pandangan merosot hingga 1,000 meter. Keadaan jerebu di Sarawak pulih seketika sejak 17 September lalu berikutan hujan lebat, namun keadaan tidak kekal lama apabila hari ini ruang udara kembali berjerebu dan dijangka berterusan dalam masa seminggu akibat perubahan angin monsun.


--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment