Pages

Friday 18 September 2015

Bata Tampil Jawab Isu Dakwaan Guna Kulit Babi Hasilkan Produk Mereka

Sebelum kecoh di laman sosial dimana seorang pengguna facebook telah memuatnaik sekeping gambar kasut yang dibelinya di mana beliau mendakwa kasut tersebut dihasilkan menggunakan kulit babi.


Ia mendakwa demikian selepas mendapati terdapat tiga bintik pada kasut tersebut di mana tiga bintik merupakan salah satu sifat kulit babi.

Bata Malaysia semalam telah tampil menjawab perkara berkenaan di mana mereka memberitahu bahawa 'lining' yang digunakan dalam sepasang kasut yang didakwa pengguna menggunakan kulit babi adalah tidak benar.

"Kami sentiasa sedar tentang sensitiviti umat Islam di Malaysia dan sentiasa berhati-hati untuk memastikan semua produk kami tidak menggunakan apa-apa bahan kulit ba.bi," kata Bata dalam sebuah perkongsian di Facebook, hari ini.

Menurut merek 'lining' yang digunakan untuk kasut yang didakwa menggunakan kulit babi sebenarnya menggunakan PU (polyurethane).

"Ia bukan bahan dari mana-mana kulit haiwan termasuk babi," jelas perkongsian tersebut.

Selain itu, pihak bata tidak menyokong mana-mana kenyataan yang dibuat oleh mana-mana individu di media sosial atau sebaliknya.

"Bata akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana individu yang membuat kenyataan palsu mengenai produk kami dan menggunakan bahasa yang tidak sesuai. Terima kasih," akhiri Bata


--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment