Kejadian ini berlaku di hadapan Plaza Merdeka apabila seorang pemandu terpaksa meletakkan kenderaan di bahu jalan akibat tidak tahan untuk ke tandas. Dengan meletakkan sekeping nota di cermin hadapan kereta, dia berharap agar pihak berkuasa tidak mengambil tindakan untuk kesalahan yang telah dibuat. Nota yang ditinggalkan berbunyi begini :
"Salam Abang Polis/JPJ
Kamek paksa parking sitok nyawa sik tahan pegi jamban.
Salam makseh Abang Polis. Kejap Jak" (Dialek Melayu Sarawak)
"Salam Abang Polis/JPJ
Saya terpaksa parking di sini tak tahan nak pergi tandas.
Salam terima kasih Abang Polis. Sekejap sahaja" (Bahasa Malaysia)
Kejadian yang telah menjadi Viral di laman Facebook sejak semalam lagi, mujur Abang Polis masih bertimbang rasa dengan kes sebegini.
Walaubagaimanapun anda dilarang untuk meniru idea sebegini kerana nasib tidak selalu menyebelahi kita. Keadaan ini mungkin tidak menjadi masalah jika dibaca oleh pihak berkuasa tetapi jika dibaca oleh seseorang yang berniat jahat, lokasi anda mungkin telah dikenalpasti dan kenderaan anda berada dalam keadaan merbahaya.


