Pages

Monday, 22 June 2015

Kuching Bandaraya Perpaduan



Warga Kuching boleh berasa bangga apabila Kuching akan diisytiharkan sebagai Bandar Raya Perpaduan tidak lama lagi.

Pemilih Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan oleh Yayasan 1Malaysia ini mungkin Pengiktirafan yang pertama di dunia menurut Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia merangkap dalam Kajian Global di Universiti Sains Malaysia Dr Chandra Muzaffar. Ini adalah satu penghormatan yang tinggi bagi rakyat Sarawak, khasnya Kuching.

Konsep ini dicadangkan oleh Yayasan 1Malaysia di mana ia telah menjalankan kajian di kesemua bandar raya di Malaysia untuk menilai dan mengenal pasti bandar raya dengan kualiti-kualiti yang berasaskan perpaduan.

Daripada kajian berkenaan, ia menunjukkan Sarawak telah memenuhi semua kriteria ketat yang disenaraikan dalam justifikasi terutama dari segi menerima kepelbagaian budaya, persefahaman antara satu sama lain dan keharmonian yang tulen.

Kriteria lain termasuk status bandar raya, kepelbagaian budaya dan etnik yang besar, sistem persekolahan yang baik dan sebagainya.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment