Pages

Thursday, 28 May 2015

SEB Jelaskan Kenaikan Mendadak Bil Elektrik Di Sarawak


KUCHING : Sarawak Energy Berhad (SEB), pembekal tunggal elektrik di Sarawak, menasihatkan pengguna di negeri itu untuk menghubungi pusat khidmat pelanggan secepat mungkin berikutan kenaikan mendadak bil elektrik.

Naib Presiden (Peruncitan) SEB Lau Kim Swee berkata masalah itu berlaku berikutan pelaksanaan sistem bil meter pegang dan isu-isu peralihan dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dengan ada dalam kalangan pengguna menerima bil anggaran untuk beberapa bulan lepas.

"Masalah ini tidak memberi kesan kepada ramai pelanggan kerana kebanyakan isu telah dikenal pasti dan diselesaikan sebelum pelaksanaan GST berkuat kuasa April tahun ini.

"Isu-isu yang tertunggak telah berjaya diatasi dan sistem telah dipulihkan pada 2 Mei lepas," katanya dalam kenyataan media di sini Selasa.

Bagaimanapun beliau berkata pengguna boleh menghubungi talian 1300-88-3111 agar tindakan segera boleh diambil untuk pindaan bil mengikut bacaan meter sebenar.

Pelanggan juga boleh emel kepada customercare@sarawakenergy.com.my atau faks ke 082-313 588.

Katanya, SEB memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan memberi jaminan bahawa syarikat akan terus memantau isu ini.- BERNAMA
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment