Pages

Thursday, 28 May 2015

Adakah Kuching Releven Untuk Pembinaan MRT?



KUCHING: Transit Aliran Massa (MRT) mungkin akan menjadi salah satu sistem pengangkutan awam yang digunakan di bandar raya ini pada masa depan, kata Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Jelas beliau, perancangan awal untuk mewujudkan sistem pengangkutan yang efektif itu adalah kerana Kuching akan dibangunkan sebagai bandar raya kompetitif dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) selain Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Kinabalu di Sabah.

“Oleh kerana bandar raya kita sekarang tidak begitu sesak, maka elok kita merancang lebih awal sistem pengangkutan yang efektif seperti MRT kerana kalau sudah sesak nanti, susah kita hendak membuat perancangan.

“Saya akan mengemukakan perkara ini kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) kerana kita mesti mempunyai perancangan untuk mewujudkan sistem pengangkutan yang efektif dalam bandar raya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemu bual selepas menyempurnakan Majlis Penangguhan Kursus Induksi Penjaja-Penjaja Satok Tourism Youth Uptown di Kompleks Belia dan Sukan di sini, semalam.

Beliau menambah, MRT juga diperlukan untuk meng-hubungkan Kuching, Samarahan dan Serian kerana ketiga-tiga bahagian ini harus dibangunkan dengan sistem pengangkutan yang efektif.

“Populasi Kuching dan Samarahan misalnya sekarang adalah kira-kira 800,000 orang tetapi dengan pertambahan institusi pengajian tinggi (pertambahan bilangan pelajar) serta sektor perkhidmatan pada 2020, saya menjangkakan ia mampu mencecah satu juta orang.

“Sehubungan itu, kita sudah mempunyai banyak terminal dan di situlah perlunya MRT.

“Jadi ini adalah perancangan jangka panjang… mungkin dalam lima, 10 atau 15 tahun lagi,” katanya.

Selain MRT, Abang Johari berkata perancangan turut dibuat untuk mewujudkan sistem ‘bas rapid’ di mana ia mungkin akan lebih dahulu dilaksanakan.

“Kita akan melaksanakan sistem ‘bas rapid’ dulu dan MRT kemudian,” katanya. - UB
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment