Pages

Tuesday, 2 May 2017

China tawarkan Kepakaran bina Sistem LRT di Sarawak


Kuching - Sarawak boleh bekerjasama dengan syarikat-syarikat cina dari negara  China untuk melaksanakan Light Rail Transit (LRT).

Konsul Jeneral China di Kuching Fu Jijun berkata, syarikat-syarikat Cina dari China mempunyai pengalaman dalam membina landasan LRT dan menawarkan bantuan profesional dalam rekabentuk, binaan dan penyelenggaraan.

Beliau berkata demikian sebagai salah seorang penceramah pada Forum Ekonomi Clan Guo yang diadakan di Imperial Hotel di sini hari ini sebagai tindak balas kepada cadangan oleh Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg baru-baru ini.

"Ketua Menteri Sarawak Abang Johari baru-baru ini bercadang untuk membina sistem LRT untuk menghubungkan Kuching, Samarahan dan Serian. Syarikat-syarikat Cina berpengalaman dalam membina landasan keretapi dan boleh menawarkan bantuan profesional sebaik sahaja Ketua Menteri membuat keputusan.

"Sebaik sahaja Ketua Menteri memutuskan untuk membina landasan LRT, dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat Cina, saya percaya ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan projek itu," kata Fu.

Pada 18 Mac, Abang Johari berkata sistem LRT sedang dikaji untuk dimasukkan ke dalam pelan pengangkutan awam untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Kuching, Samarahan dan Serian.

Tambahnya, sistem LRT itu akan menyediakan akses mudah untuk penduduk tempatan dan pelancong ke destinasi dalam lingkungan tiga bahagian, terutamanya tempat-tempat menarik dalam koridor pelancongan selatan.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment