Pages

Monday, 20 March 2017

Misteri Lagenda Bujang Senang


Kisah ini mungkin ditokok tambah tapi ia bukanlah kisah dogeng yang sengaja direka. Buaya Legenda ini dikatakan masih menghuni di sungai di Sarawak. Sehingga kini ia masih menjadi misteri yang digeruni.

Bujang Senang telah muncul semula berikutan kejadian yang berlaku pada tahun 1982 apabila Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali, Sri Aman sedang menangguk udang bersama abangnya, Kebir di Sungai Sungga berhampiran muara Bantang Lupar. Sedang asyik menangguk udang tiba-tiba datang seekor buaya terus membaham Penghulu Bangan. Melihat kejadian tersebut, abangnya terus terjun ke sungai dan memeluk buaya tersebut untuk menyelamatkan adiknya tetapi tidak berjaya.

Menurut Kabir yang sempat melihat buaya tersebut, ia mempuyai tanda belang putih di belakang buaya tersebut dan berwarna berkilauan. Menurut kepercayaan penduduk tempatan, Bujang Senang berukuran 6 meter panjang dan 1.2 meter lebar.

Operasi mencari mayat Penghulu Bangan berlangsung selama lima hari dan hanya bahagian atas mayat dapat ditemui. Berikutan kejadian tersebut, Polis Sarawak melancarkan ‘Operasi Buaya Ganas’ di semua sungai besar Sarawak iaitu Batang Sadong, Batang Samarahan, Batang Lupar, Batang Layar dan Bantang Saribas. Namun ia masih menemui jalan buntu dan Bujang Senang terus mengganas.

Rekod dari tahun 1982 sehingga 1991, seramai 13 orang telah menjadi mangsa reptilia ganas ini. Kisah keganasan buaya bertanda belang putih dibelakang itu tidak terhenti di situ sahaja kerana pada tahn 1992 sekali lagi ia telah membaham mangsa yang ke 14 iaitu seorang gadis Iban, Dayang anak Bayang,20, yang ketika itu sedang menyeberangi Sungai Pelaban bersama ibunya.

Paras air sungai pada ketika itu hanya separas pinggang sewaktu ibunya telah naik ke tebing. Tiba-tiba kedengaran satu deburan air dan pada waktu itu anaknya hilangan dari pandangannya. Enie Bayang iaitu abang kepada Dayang bersama rakan-rakannya berusaha mencari dan dibantu oleh Bomoh Mandau. Dua jam kemudian barulah mayat adiknya yang masih sempurna kelihatan di sebuah lubuk sungai tersebut.

Tiba-tiba kelibat reptilia ganas tersebut muncul semula dan Bomoh Mandau melemparkan lembik tepat di kepala buaya tersebut namun lembing tersebut patah. Enie melepaskan beberapa das tembakan namun masih gagal untuk membunuh buaya tersebut. Buaya tersebut terus cuba berenang ke Batang Lupar namun terhalang oleh sebatang kayu besar.

Pada waktu itu, kedudukan buaya tersebut teleh terkepung oleh penduduk kampung Pelabang, Suduku dan Lingga. Dikatakan sebanyak 40 das tembakan yang menggunakan peluru paku sepanjang 10 meter telah dilepaskan dan 22 das tembakan darinya terkena tepat di kepada buaya tersebut. Akhirnya buaya yang mempunyai tanda belang putih di belakang yang sejak sekian lama bermaharajalela di Sungai Sarawak itu pun tewas. 


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Lingga, Awang Mahda Pengiran Mat mengesahkan buaya yang dibunuh itu seekor buaya jantan. Ketika perut buaya itu dibelah terdapat tulang dan rambut namun tidak dapat dipastikan samada ia adalah manusia atau haiwan. Dengan ukuran 5.46 meter panjang dan 2.12 meter ia menyamai ukuran buaya yang dikatakan Bujang Senang selama ini. Bangkai reptilia itu telah dibuang begitu sahaja di sungai dan beberapa hari kemudian seorang lelaki bernama Jonhson Jong, 65, telah membawa kepala buaya tersebut ke ladang buayanya di Siburan yang telah dibuka semenjak tahun 1963.

Johnson percaya buaya yang telah dibunuh itu adalah Bujang Senang kerana ini adalah kali pertama beliau melihat spesis buaya yang ada tanda belang putih di belakang. Namun kesahihannya telah disangkal oleh masyarakat pendalaman kerana mereka mendakwa saiz Bujang Senang lebih besar.

Menurut Kurator Sejarah Zoologi dan Semula Jadi Muzium Sarawak, Dr. Charles Leh berkata, sungai-sungai di Sarawak sememangnya terdapat banyak sarang buaya. Menurutnya lagi sejarah kewujudan buaya di Sarawak sekitar lebih 160 juta tahun dahulu dan jalur putih di belakang buaya yang didakwa Bujang Senang itu berkemungkinan seekor buaya separa albino.

--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment