Saya bukan orang Sarawak. Asal dari Perak tapi sudah bermastautin di Sarawak lebih 20 tahun.
Cakap Melayu Sarawak pass, cakap Iban boleh. Segala jalan di Sarawak ini sudah jelajah dari Sematan sampai Lawas. Cuma Kapit belum sampai.
Bila bersembang dengan rakan-rakan yang baru dikenali, mereka akan bertanya “Kitak asal siney?” (Awak berasal dari mana?)
“Kamek orang Perak, Teluk Intan”. (Saya orang Perak, Teluk Intan).
Saya melihat Sarawak lah yang paling mengamal toleransi kaum.
Semasa saya bersekolah di Perak, bila makan orang Melayu duduk dengan orang Melayu, Cina duduk dengan Cina, India duduk dengan India.
Kalau ada budak Melayu duduk dengan Cina den India, esoknya kena kutuk.
Dalam kelas pun begitu. Melayu sebaris, Cina sebaris, India sebaris.
Bila saya bertugas sebagai guru di Sarawak, saya tidak nampak perbezaan kaum. Kalau di dewan makan Azmi boleh pinjamkan cawan pada Duggat. Khairul duduk sebelah Bong Guan.
Di asrama katil Alex Kloni di atas katil Ahmad Jerawi di bawah. Kalau Michael kena tumbuk, Kiprawi akan pertahankan Michael.
Bila bulan puasa, yang Melayu bangun sahur, kawan yang Iban ikut sekali. Kalau berbuka yang Melayu berbuka yang Iban pun berbuka sama.
Balik kampung cuti sekolah (ini benar-benar berlaku dan membuat saya insaf sangat) kawan Iban tolong kawan Melayu jinjit tilam. Tunggu bas sama-sama. Kongsi baju sama-sama.
Saya belajar erti hidup toleransi hanya di Sarawak. Pengalaman adalah guru yang terbaik untuk saya.
Sampai bila saya balik Perak, saya jadi benci bila dengar kawan Melayu kutuk bangsa lain. Apatah lagi mengutuk Sarawak sebagai negeri miskin. Memang rasa nak pelempang je.
Kesimpulannya Sarawak dan Sabah adalah modal terbaik. Kepada orang Semenanjung bukalah mata.
Akhir-akhir ini NGO memainkan sentimen perkauman hanya untuk memecahkan perpaduan kaum di Sarawak. Ingat. Pelihara perpaduan kita semua.
Kamek orang Perak. Tapi kamek jiwa Sarawak. Hidup mati di Bumi Kenyalang bertuah ini. Oooo haaa!
Sumber asal : https://cikguemmet.com