MIRI: Dua cubaan lelaki Indonesia untuk melakukan jenayah cabul dalam dua kes berbeza semalam menyaksikan seorang daripadanya dibelasah teruk oleh orang ramai.
Kejadian pertama berlaku di pusat beli-belah Emart dekat sini apabila seorang remaja lelaki cuba mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun, dengan menanggalkan seluar dan meraba alat sulitnya.
Sebelum itu, lelaki tersebut telah mengumpan kanak-kanak terbabit untuk mengikutinya ke lokasi tersembunyi di aras atas pasar raya itu, yang menempatkan peralatan dapur.
Namun perbuatannya itu dilihat oleh beberapa pengunjung yang kemudian bertindak menghalang dan membelasah lelaki tersebut sebelum menyerahkannya kepada pengawal keselamatan di pasar raya terbabit.
Suspek kemudian diserahkan kepada unit peronda polis yang tiba kemudian.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat mengesahkan kejadian dan menasihati orang ramai agar sentiasa memerhati keselamatan anak-anak mereka di tempat awam.
“Siasatan awal kita juga mendapati suspek tidak memiliki sebarang indentifikasi manakala kanak-kanak terbabit merupakan anak kepada salah seorang peniaga yang berniaga gerai di situ.
Suspek katanya, kini ditahan untuk siasatan lanjut manakala mangsa terbabit telah dibawa ke Hospital Miri untuk menjalani pemeriksaan.