Pages

Friday, 25 November 2016

Niat hendak rompak mesin ATM tetapi terumpil mesin deposit cek


PADAWAN: Berbekalkan sebatang pemutar skru, seorang lelaki mungkin memikirkan dia bijak apabila hendak merompak sebuah mesin pengeluaran wang atm di Batu Tujuh di sini pada awal pagi semalam.


Namun hajat di hati tidak kesampaian, kerana bukan sahaja dia berjaya dicekup polis, malah yang berjaya diumpilnya menggunakan pemutar skru itu ialah mesin deposit cek.

Dalam kejadian yang berlaku di Public Bank Cawangan Batu 7, Kota Sentosa itu, pusat kawalan bank tersebut di Kuala Lumpur yang memantau sistem kamera litar tertutup mesin dan kiosk atm di seluruh negara telah memaklumkan kepada Balai Polis Kota Sentosa tentang tindak-tanduk lelaki terbabit sekitar jam 4.20 pagi.

Berdasarkan maklumat tersebut, sepasukan anggota dari Balai Polis Kota Sentosa dikejarkan ke lokasi dan berjaya menahan seorang lelaki Cina, yang sedang melakukan aksi membuka mesin terbabit.

Siasatan lanjut mendapati, lelaki terbabit hanya bertindak seorang diri dan sedang khayal berikutan berada di bawah pengaruh pil Nospan.

Menurut sumber polis Padawan, suspek tidak mempunyai rekod lampau dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.


--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment