Pages

Wednesday, 23 November 2016

Lagi kes Hina orang Sarawak dan Borneo


KUCHING: Pihak Polis Diraja Malaysia hari ini diminta untuk melakukan siasatan terhadap pemilik akaun facebook bernama Nur Firdaus kerana menulis kenyataan berbaur hasutan dalam muat naik statusnya baru-baru ini.

Pemimpin belia daripada Saberkas, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Draup berkata, lelaki tersebut telah menulis kenyataan “biadap” dengan merendah-rendahkan Sarawak dan pulau Borneo, sebagai negeri yang jauh terkebelakang dan dipenuhi dengan monyet dan orang utan.


“Saya tidak tahu apa motif lelaki biadap ini, tetapi ia jelas bertujuan menimbulkan kebencian dengan penduduk di Semenanjung.

“Lebih menyedihkan dia menyifatkan lapangan terbang di Sarawak hanyalah berstatus padang terbang manakala penerbangan ke sini mengambil masa lapan jam, tidak termasuk dua jam untuk mencari kedudukan padang terbang tersebut.

Oleh itu, saya mewakili masyarakat belia di negeri ini mendesak pihak polis agar mengambil tindakan terhadap lelaki ini.

“Beliau sepatutnya disiasat dan dihukum di bawah Akta Hasutan kerana ia jelas menimbulkan kemarahan rakyat Sarawak dan Sabah.

“Perkara seperti ini berkali-kali telah berulang, dan sewajarnya tindakan tegas diambil sebagai pengajaran kepada yang lain,” tegasnya.

Tinjauan sarawakvoice.com terhadap komen netizen, juga keseluruhannya mengecam muat naik status yang bernada kebencian ini.



* untuk link boleh klik --> http://bit.ly/2fDMKOg

1 comment:

  1. Firhaus wooii..esok jgn lupa appointment bulanan kau d wad psyciatry Hospital Melaka yea

    ReplyDelete