Pages

Tuesday, 29 November 2016

Jalan Marudi - Bandaraya Miri siap Mei 2019

KUCHING: Jalan yang menghubungkan pekan Marudi dan bandar raya Miri dijadualkan siap sepenuhnya dalam tempoh 36 bulan iaitu menjelang Mei 2019.

Menurut Menteri Muda Kerajaan Tempatan merangkap ADUN Marudi Datu Dr Penguang Manggil, kerja menaik taraf jalan tersebut kini sudah dimulakan oleh kontraktor CMS Roads Sdn Bhd.

“Jalan ini akan diturap sepenuhnya dengan standard ‘R1 Modified’ dengan lebarnya turut diperluaskan termasuk membina sistem perparitan,” katanya pada sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Menjelas lanjut, Penguang berkata kos pembinaan jalan sepanjang 44 kilometer itu adalah dibiayai oleh kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM77.4 juta bagi memperbaiki dan menaik taraf jalan ini,” katanya.

Justeru, beliau mahu orang ramai bersabar untuk sedikit masa lagi dan meminta mereka memahami bahawa projek tersebut tidak dapat dilaksanakan dalam sehari.

“Kita memahami perasaan rakyat tetapi projek ini tidak dapat disiapkan dalam sehari.

“Namun apabila siap nanti, ia akan memberi kemudahan yang baik dan selesa kepada rakyat,” katanya.

Gambar sekadar hiasan

--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment