Pages

Saturday, 5 November 2016

Isi Angin Di Stesen Minyak akan diKenakan Caj Tambahan



Persatuan Pengusaha- pengusaha Stesen Minyak ( PPSM ) seluruh negara sudah mencapai persetujuan dengan kerajaan pusat bagi mengenakan caj kepada semua pengguna yang mahu menggunakan perkhidmatan pengisian semula angin tayar kenderaan di semua stesen-stesen minyak yang terdapat di dalam negara.

Isi Angin Di Stesen Minyak Kena Caj Tambahan

Tindakan mengenakan caj bagi mengisi angin kenderaan diambil berikutan beberapa faktor berbangkit dan salah satunya  dikhabarkan akibat takrif elektrik yang semakin tinggi saban tahun.

Para pengusaha stesen minyak dilaporkan, tidak ingin lagi untuk menanggung beban kos yang tinggi kesan kenaikkan takrif elektrik yang diumumkan oleh pihak kerajaan.

Bermula penghujung tahun ini, kesemua pemilik kenderaan yang mahu mengisi angin tayar kenderaan hendaklah membayar caj sebanyak RM 2 di kaunter terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan pengepam angin yang terdapat di mana-mana stesen minyak.Dan, semua ini hanya terjadi dalam mimpi saya sahaja...

Jangan Marah...
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment