Pages

Saturday, 26 November 2016

Hikmah Exchange bakal mengubah lanskap Jalan Haji Taha

Hikmah Exchange dengan keluasan kira-kira 4 ekar akan dibangunkan di Jalan Haji Taha dan apabila siap kelak akan menjadi pusat utama pentadbiran kerajaan dan perniagaan di tengah bandaraya Kuching.

Dengan anggaran nilai kasar Pembinaan (GCV) sebanyak RM350 juta, pembangunan itu akan merangkumi ruang pejabat disokong oleh pusat acara dan tempat makan.

Hikmah Exchange akan mengukuhkan lagi peranan Kuching sebagai pusat pentadbiran Sarawak, dengan adanya agensi kerajaan persekutuan, perkhidmatan firma kewangan, syarikat-syarikat multinasional (MNC) dan perniagaan sampingan.

Bangunan 2 menara setinggi 22 tingkat dan sebuah banguna pejabat setinggi 13 tingkat dengan 49,828m2 serta sebuah pusat acara dengan kapasiti 1000 orang. Exchange mempunyai tempoh pembangunan 3 tahun untuk disiapkan secara berperingkat-peringkat dengan dijangka siap pada 2020.







--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment