Pages

Tuesday, 1 November 2016

Harga minyak dunia susut bawah 50 Dolar setong

TOKYO: Harga minyak meneruskan kejatuhannya hari ini selepas pengeluar bukan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) tidak menyatakan sebarang komitmen untuk menyertai usaha mengehadkan paras output bagi meningkatkan harga bahan api itu. 

Pendirian itu membayangkan mereka mahu OPEC menyelesaikan perbezaan pendapatnya terlebih dulu. 

Pegawai dan pakar daripada negara OPEC dan bukan OPEC termasuk Azerbaijan, Brazil, Kazakhstan, Mexico, Oman dan Russia bertemu untuk berunding di Vienna, Sabtu lalu dan hanya bersetuju untuk bertemu lagi bulan depan sebelum mesyuarat OPEC yang dijadual 30 November ini, kata mereka dalam satu kenyataan. OPEC dan bukan OPEC dalam kenyataan bersama berkata mesyuarat pada Sabtu itu adalah 'perkembangan positif' ke arah mencapai perjanjian mengehadkan output pada 30 November ini. 

Minyak mentah Brent bagi penghantaran Disember diniagakan turun 36 cent, atau 0.7 peratus pada AS$49.35 satu tong menjelang 2250 GMT semalam selepas ditutup turun 76 cent pada Jumaat. 

Minyak mentah NYMEX bagi penghantaran Disember juga turun 36 cent, atau 0.7 peratus pada AS$48.34 satu tong, selepas ditutup turun AS$1.02 pada Jumaat. -REUTERS


--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment