Pages

Friday, 28 October 2016

Rumah terbakar melibatkan 6 keluarga

bukan gambar sebenar
MIRI: Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Bukit Peninjau, Bekenu malam kelmarin.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilapor dalam kebakaran berlaku sekitar jam 9.30 malam itu.

Sementara itu, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri terdiri daripada sembilan anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 9.38 malam.

Semasa tiba di tempat kejadian sekitar jam 10.48 malam, pihak bomba mendapati sebuah rumah kayu setingkat telah ranap.

Api marak berjaya dikawal dalam masa kurang 15 minit sebelum ia dapat dipadamkan sepenuhnya jam 12.12 tengah malam manakala lokasi kebakaran terletak sejauh 54km dari BBP Miri.

Sementara penghuni rumah terbabit terdiri daripada dua lelaki, tiga perempuan dan seorang kanak-kanak
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment