Pages

Thursday 26 November 2015

Terung asam dan dabai kini jadi perisa aiskrim



Biasanya terung asam dan dabai sebelum ini sering menjadi hidangan menjamu selera. Ia antara makanan kegemaran rakyat Sarawak yang bermusim terutama sekali Dabai. Namun kini ia boleh didapati sebagai makanan ringan iaitu Aiskrim Terung Asam dan Aiskrim Dabai, 

Penghasilan produk buah berkenaan merupakan kerjasama antara Jabatan Pertanian Sarawak dan See Lian Huat Ice Cream Sdn Bhd (Mayhua Ice Cream), yang kini boleh didapati di pasar raya di negeri ini.

Aiskrim Dabai boleh didapati tiga jenis iaitu dabai dengan perisa asli, vanila dan pandan manakala aiskrim terung asam terdapat dua jenis iaitu Ice lollies dan Split.

Bagaimanapun sebagai permulaan hanya satu jenis sahaja bagi dua produk berkenaan iaitu dabai dengan perisa asli dan Terung Asam Ice Lollies yang akan diedarkan di semua cawangan pasar raya Emart sementara tiga jenis lagi bakal dikomersialkan pada 2016.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment