Pages

Tuesday 24 November 2015

Mengapa Sarawak jadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kerajaan?



Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan bahawa negerinya akan menjadi negeri pertama menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan rasmi kerajaan.

Beliau berkata, agensi-agensi kerajaan akan diberi pilihan juga untuk menggunakan Bahasa Malaysia di samping bahasa Inggeris dalam dokumen rasmi.

“Pendirian saya kuat terhadap bahasa Inggeris telah mengguris sebahagian daripada nasionalis yang menuduh saya sebagai anti-nasionalis dan anti-patriotik. Bagi saya ini hanya menjadi realistik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2015 di Pusat Konvensyen Borneo hari ini.

Selain itu mengulas mengenai laporan baru-baru ini yang menyatakan lebih daripada 1,000 doktor di negara ini meninggalkan kerjaya disebabkan masalah penguasaan bahasa Inggeris, Adenan berkata, perkara itu sangat menyedihkan dan membuktikan bahawa bahasa Inggeris tidak boleh diketepikan.

“Apa yang paling teruk apabila seramai 45,000 graduan mengganggur tidak boleh mendapat pekerjaan yang betul kerana ketidakmampuan mereka untuk bertutur dan menulis Bahasa Inggeris yang baik.

“Saya cuba menjadi praktikal di sini, jika kita tidak menangani masalah ini, kita akan menjadi seperti India satu hari nanti di mana pemegang ijazah sarjana terpaksa memandu teksi untuk menyara hidup,” katanya.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment