Pages

Monday, 7 September 2015

Penjawat Awam harus peka tentang Perjanjian 20 Sarawak dalam Pembentukan Malaysia pada tahun 1963


Seorang penjawat awam meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan seorang pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Bintulu yang didakwanya berlagak.

Luahan lelaki terbabit telah menjadi viral apabila telah dimuatnaik oleh beberapa media sosial dan mendapat kritikan oleh netizen kerana dirinya tidak memahami peraturan dan mempertikai Perjanjian 20 Sarawak dalam Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 iaitu Perkara 6 ketika berada di kaunter Imigresen.


Malangnya, tindakannya itu memakan diri sendiri di mana sudah termaktubnya peraturan di kaunter Imigresen yang mana penumpang pesawat yang baru mendarat tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit di kaunter Imigresen.

Ini kerana pegawai Imigresen yang bertugas perlu memastikan gambar individu yang tertera dalam MyKad adalah sama dengan pemiliknya bagi mengelakkan berlakunya kecurian identiti.

Pegawai Imigresen terbabit hanyalah menjalankan tugasnya sahaja namun disalah ertikan oleh lelaki berkenaan yang menganggap kerja kakitangan Imigresen di kaunter lapangan terbang hanya untuk menurunkan cop pada Dokumen Perjalanan Terhad mereka sahaja.

Adalah amat tidak wajar seorang penjawat awam memperlekehkan penjawat awam yang lain. Jika dilihat pada tindakannya itu, ia boleh disabitkan sebagai kesalahan yang cuba menghalang penjawat awam melaksanakan tugas.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment