Pages

Wednesday 9 September 2015

Mohon kawan2 fb tolong jgn SHARE n POST agik pasal van toyota putih

Keluhan dari seorang isteri, apabila van putih milik suaminya yang telah di"Viralkan" semula kerana kes ini telah dianggap selesai pada tahun lepas.


Kisahnya bermula pada pertengahan tahun lepas apabila media sosial kecoh mengatakan Van putih bernombor pendaftaran QAA3832J bergiat aktif dalam kegiatan menculik kanak-kanak. Kejadian pertama berlaku di Taman Yen-Yen apabila ia dikatakan dalam cubaan menculik namun orang ramai sedar terlebih dahulu.


Tersentak dengan berita ini, pemilik kenderaan tersebut telah membuat laporan polis berkenaan dengan berita palsu yang telah tersebar luas di media sosial pada waktu itu.


Setahun telah berlalu,kini, berita ini masih lagi disebarkan di Media Sosial. Mohon hentikan berita palsu ini. Sebelum sebarkan sesuatu berita harap rajin-rajin selidik melalui "encik Google" atau boleh tanya di ruangan "search FB"



--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment