Pages

Tuesday 4 August 2015

Daud tidak diserang angin ahmar, hanya keletihan


KUCHING: Khabar angin yang mengatakan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hak Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman diserang angin ahmar dinafikan Pembantu Peribadinya Mosbi Zaidi.
Mosbi yang dihubungi semalam berkata Daud sebaliknya terlalu keletihan dan mengadu pening kepala selepas menghadiri majlis ramah-tamah Aidilfitri di kawasannya (Tupong) pada malam Jumaat lepas sebelum beliau dikejarkan ke Pusat Perubatan Pakar Normah di sini.
“Datuk terlalu keletihan kerana menghadiri beberapa majlis ramah-tamah Aidilifitri dalam tempoh seminggu. Keadaan berlarutan sejak Hari Raya Puasa lalu.
“Pada malam Datuk dikejarkan ke Normah, beliau mengadu kepenatan dan pening kepala selepas menghadiri satu majlis ramah-tamah di kawasan. Datuk tidak diserang angin ahmar seperti didakwa sebelum ini,” tegasnya.
Mosbi memberitahu, selepas menerima rawatan di pusat perubatan itu keadaan Daud yang juga Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong kini semakin pulih dan stabil.
“Ketika ini Datuk sudah boleh duduk, bercakap dan bersalaman dengan orang di sekelilingnya.
“Cuma doktor pakar yang merawat beliau, menasihatinya agar banyak berehat dan kurang bercakap,” jelas Mosbi lagi. -UB
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment