Pages

Tuesday, 30 June 2015

Benarkah pekerja tempatan Sarawak Shell akan dibuang apabila Petronas mengambil alih?



Berita yang telah menjadi Viral dalam minggu ini dan amat menggusarkan kepada sesiapa yang berkenaan. Berikut adalah jawapan dari salah seorang pekerja yang terlibat dalam pengambilan alih dari Shell ke  Petronas Carigali Sdn Bhd.

"1.Memang betul handover akan berlaku kerana agreement antara Shell dan kerajaan Malaysia kebanyakkannya dah expired. Hak milik minyak dan gas tetap kerajaan Malaysia, cuma syarikat yang beroperasi  berbeza.

2.Kerajaan Sarawak, secara tak langsung terlibat bersama. Arahannya, tidak akan berlaku kehilangan pekerjaan. Sekiranya ada pekerja baru diambil, mesti dikalangan orang Sarawak. Sekiranya ada yg terpaksa diberhentikan, mestilah mengikut prosedur syarikat masing-masing. Setakat ini, syarikat besar macam Shell, pampasannya memang lumayan. Petronas mesti menawarkan pekerjaan kepada pekerja yang  telah diberhentikan dan mesti mengikut TnC Petronas.

3.Untuk Kontraktor, contoh Kontraktor yang terlibat dengan Shell, memang sedia maklum tentang perjanjian akan tamat tempoh. Petronas akan menyambung kontrak, tapi bukan semua. Hanya untuk kontraktor yang berkepentingan supaya melancarkan proses pemindahan dan tidak perlu membuka tender baru.

4.Mungkin ada yang akan hilang pekerjaan, terutama sekali untuk pekerja kontrak yang telah tamat tempoh. Namun ia terpulang kepada polisi dan budi bicara syarikat masing-masing. Sekiranya ada keraguan, boleh lapor terus dengan Jabatan Buruh"

Diharap penerangan ini serba sedikit dapat memberi jawapan tentang situasi ini.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment