Tahniah diucapkan kepada 15 pelajar Penan dari Telang Usan, Tinjar, Suai dan Belaga kerana terpilih untuk menjalani latihan perguruan selama lima tahun di Institut Pendidikan Guru (IPG) Miri.
Mereka antara 77 peserta terpilih menjalani latihan perguruan di IPG berkenaan sekali gus bakal bergelar pendidik sebaik sahaja tamat latihan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau Jok sempat berkongsi kegembiraan ketika sesi pendaftaran di IPG Miri baru-baru ini dan menghulur sumbangan peribadi kepada 15 pelajar Penan berkenaan.
Persatuan TIPUN Penan Sarawak (PETIPUN) di bawah pimpinan Temenggung Datuk Hasan Sui menurut Dennis, turut membantu pelajar apabila sudi membayar yuran kumpulan pelajar ini.
Dennis turut berpesan kepada semua pelajar untuk tidak melepaskan peluang menuntut ilmu supaya dapat mengubah nasib keluarga seterusnya kaum mereka sendiri.
