Tempat ketiga adalah Lim Kok Thay, anak lelaki kepada usahawan kasino
terkenal, mendiang Lim Goh Tong pula mengendalikan Genting Group dengan
rangkaian resort dan kasino di Malaysia, Singapura, Hong Kong,
Filipina dan United Kingdom dan 43 peratus kepentingan dalam Norwegian
Cruise Line. Beliau berkongsi kekayaan bersihnya yang bernilai AS$6.6
bilion itu dengan ibunya, Lee Kim Hua (tempat ketiga)yang berusia 82
tahun dan anggota keluarganya yang lain.
Shahril dan Shahriman Shamsuddin (tempat 12) , adik beradik di belakang kejayaan Sapura Group, turut memasuki ranking bilionair selepas penggabungan bernilai AS$3.7 bilion antara SapuraCrest dan Kencana Petroleum (dikendali oleh Mokhzani Mahathir, di tangga ke-15 dengan AS$980 juta).
Senarai 14 orang terkaya Forbes di Malaysia ialah:
- Robert Kuok – AS$12.5 bilion,
- Ananda Krishnan – AS$11.7 bilion
- Lim Kok Thay – AS$6.6 bilion
- Teh Hong Piow – AS$5.6 bilion
- Quek Leng Chan – AS$4.8 bilion
- Lee Shin Cheng – AS$4.5 bilion
- Yeoh Tiong Lay – aS$2.8 bilion
- Syed Mokhtar AlBukhary – AS$2.75 bilion
- Tiong Hiew King – AS$1.8 bilion
- Vincent Tan – AS$1.3 bilion
- Tan Heng Chew – AS$1.2 bilion
- Shahril & Shahriman Shamsuddin – AS$1.05 bilion
- Chen Lip Keong – AS$1.01 bilion
- Lee Oi Hian & Lee Hau Hian – AS$1 bilion
- Mokhzani Mahathir – AS$980 juta