Pages

Friday, 5 April 2013

Musuh Guna Azimat Kebal


KUCHING, Khamis - Kepulangan pewira negara dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak disambut meriah oleh lebih 200 ahli keluarga serta sahabat handai di Ibu Pejabat Briged Sarawak (IPBS) PGA, hari ini.Ketibaan wira-wira PGA turut disambut oleh Komander PGA Briged Sarawak Dato Wan Abdullah Tuanku Said serta pegawai-pegawai lain.

BAPA DAH PULANG ... Seorang anggota PGA menyambut anaknya yang turut hadir bersama
keluarga yang lain dengan penuh keceriaan, kesyukuran dan linangan air mata selepas bertugas
dalam Ops Daulat di Sabah, di perkarangan Dewan Pahlawan, di Ibu Pejabat Briged PGA,
Batu Kawa, di Kuching, semalam.  FOTO: AWANG KUSHAIRY JUNAIDI


Ternyata kegembiraan dan keceriaan jelas terpancar di wajah ahli-ahli keluarga sebaik sahaja pengangkutan PGA tiba di perkarangan IPBS.Sehubungan itu, ketibaan 160 anggota PGA tersebut diiringi dengan mainan lagu Sedia Berkhidmat daripada pancaragam IPBS.

Ketika ditanya pemberita mengenai pengalaman bertugas mengikuti Ops Daulat di Sabah, Konstabel Andy Mahmud, 24 daripada PGA Briged Sarawak berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi sekitar jam 2 pagi pada 7 Mac 2013, pihak PGA terus bertolak ke kawasan operasi.

"Kira-kira jam 3 pagi kami berada di lokasi sasaran setelah diberi taklimat ringkas di markas, pada masa itu kami bertindak sebagai unit penyekat musuh, bagi menyekat kemaraan mereka."Oleh itu, saya salah seorang daripada 69 angggota PGA serta 25 anggota PARA terlibat dalam operasi tersebut berada di kawasan yang tidak diketahui oleh musuh," katanya kepada pemberita, di IPBS, hari ini.

Andy menambah, sebaik sahaja musuh melalui kawasan kawalan mereka, pertempuran antara 20 orang musuh dengan anggota PGA dan PARA berlaku dan berlanjutan sehingga ke Subuh."Sepanjang insiden berbalas tembakan tersebut, seramai 18 orang musuh telah ditembak mati.

"Kebanyakan musuh menggunakan azimat kebal yang diletakkan pada badan mereka menyebabkan kami terpaksa menembak beberapa kali dan di bahagian kepala untuk membunuh mereka," jelasnya.Mengulas mengenai jarak pertempuran, Andy memberitahu, kedudukan antara mereka dengan pihak musuh kira-kira 10 meter hingga 30 meter.

"Kami semua bersyukur kerana dapat pulang dengan selamat, namun semangat perjuangan kami tetap dan terus membara demi mempertahankan tanah air dari ancaman musuh," ujarnya yang berasal dari Tawau, Sabah.Manakala, seroang lagi anggota yang terlibat dalam pertempuran dengan musuh semasa menjalankan Ops Daulat di Sabah turut memberitahu pengalamannya sepanjang berada di sana.Konstabel Wan Marzuki Wan Mahmud, 25, memberitahu sememangnya perasaan berdebar sentiasa ada semasa berada di lokasi."Bersyukur dapat balik dengan selamat, selepas melalui saat genting yang melibatkan pertempuran antara musuh dan anggota PGA," katanya.

sumber : utusan sarawak
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment