![]() |
| Prof Dr Nur Misuari, Pengasas dan Pengerusi MNLF |
Dalam temu ramah dengan stesen televisyen Al-Jazeera, Ketua Sekretariat MILF, Mohammad Ameen menyatakan Misuari mendakwa MILF adalah alat penjajahan Malaysia, selain Kuala Lumpur menjajah Sabah dan Sarawak.
Dakwanya, perjanjian damai MILF dengan kerajaan Filipina yang dijangka dimuktamadkan bulan depan juga helah Malaysia memperkuatkan pengaruhnya di Sabah.
Misuari dilaporkan berkata, Malaysia penghalang sebenar kepada usaha menyatukan MILF dan MNLF.
“Bagaimana Malaysia boleh dikatakan memanipulasi MILF sedangkan Sabah tidak pernah dijadikan sebahagian agenda rundingan damai sejak 2001,” tanya Mohammad.
Beliau juga mengingatkan Misuari, Malaysia tidak pernah secara sukarela menawarkan diri menjadi jambatan kepada rundingan damai antara kerajaan Filipina dan MILF.
“Malaysia hanya berbuat demikian apabila diminta Presiden Filipina ketika itu, Gloria Macapagal Arroyo yang mahu membuka semula pintu rundingan selepas dihentikan atas arahan bekas Presiden Joseph Estrada.
“Estrada mengisytiharkan perang terhadap MILF dan Arroyo ketika lawatan sulungnya ke Malaysia, secara peribadi meminta bantuan Malaysia (jadi orang tengah),” katanya.
Malaysia katanya, bersetuju atas permintaan itu sebagai menghormati hubungan baik dengan Filipina.
“Mengapa sekarang Misuari sibuk membuat kenyataan sedangkan sepanjang rundingan damai, beliau tidak pernah bersuara.
“Sebagai ketua, Misuari gagal membuktikan apa-apa. Lebih baik beliau berdiam diri, berehat dan menulis buku sambil membiarkan kepemimpinan baru menerajui Bangsamoro untuk aspirasi perjuangan sebenar,” tegasnya.