
Menurut laporan Kosmo! semalam, pengarah
dan juga pelakon, Farid Kamil bakal berdepan dengan hukuman penjara
selama 2 tahun degan tambahan selama 3 bulan lagi.
Ini kerana ada orang tentera yang mahu
berhasrat mengheret Farid ke mahkamah kerana isu kesalahan memakai
uniform tentera ketika adat perkahwinannya dengan Diana Danielle.
Jika Farid didapati bersalah, dia akan
dikenakan sabit kesalahan dibawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan
memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian
tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan
menyamar sebagai anggota tentera. Selain daripada Akta Kesalahan Kecil
1955 kerana memiliki barang-barang tentera.
Tambah sumber itu lagi, orang askar itu berang melihat Kamil yang memakai sut berpangkat Mejar Jenaral, 2 paku 1 mahkota.