Pages

Monday, 10 December 2012

21 Disember 2012 Nibiru melanggar Bumi



Ramai yang memperkatakan mengenai kewujudan Planet Nibiru kebelakangan ini. Mereka merasa risau dengan ramalan kiamat yang akan berlaku apabila planet itu melanggar bumi pada 21 Disember 2012. Ada juga fakta menyatakan ia hanya melepasi sahaja dalam orbitnya dan akibatnya bumi akan mengalami "Polar Shift" atau perubahan Kutub.

perubahan kutub pada bumi
Ianya berlaku akibat dari perubahan medan magnet kesan planet Nibiru melepasi orbit bumi. Akibat dari perubahan kutub tersebut, bencana yang amat dasyat akan berlaku seperti Tsunami yang maha dashyat, gempar bumi yang amat mengerunkan seperti yang di gambar pada Filem Hollywood, "The End Of The World"

The End Of The World

Kenapa perlu risau?Bukankah umat Islam wajib mempercayai kedatangan hari kiamat?Semua itu kan ketentuan Allah SWT dan bukannya ramalan tukang tilik. Kejadian Kiamat adalah kuasa Allah s.w.t. Kita tidak ada hak untuk mengetahui bilakah ia akan berlaku. Lebih-lebih lagi untuk mengelaknya.

Cuba bayangkan, kalau kejadian ini benar-benar akan berlaku.Apa yang perlu kita buat?? Berhenti kerja dan sentiasa duduk di atas tikar sembahyang? Sentiasa duduk di masjid?

Kita rujuk di dalam Kitab suci al-Quran, sumber utama supaya kita tak sesat di dunia ni. Kita baca terjemahan al-quran tentang perihal teori konspirasi ini
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
Surah Al-A’raaf Ayat 187

planet10
Nibiru berada di kedudukan yang ke 10 jika di kira dari "Mercury" tidak termasuk bulan,


Okay, bagaimana persoalan ni boleh muncul dan kenapa aku tulis pasal perkara ramalan Maya dan Planet Nibiru ni. Cerita begini, tengah aku saja-saja browse video Youtube, tiba-tiba aku terjumpa akan video berita konspirasi Planet Nibiru atau Planet X yang dikaitkan dengan ramalan khurafat Maya yang mengatakan yang Bumi akan kiamat pada 21 Disember 2012. Mengikut fahaman khurafat Maya tersebut, Bumi akan kiamat selepas berlanggar dengan sebuah Planet misteri yang dipanggil Planet Nibiru. Aku pun pertama kali dengar akan adanya Planet Nibiru yang dikatakan planet ke-10 dalam sistem solar kita. Pastu selepas aku google tentang Planet Nibiru ni aku terjumpa la artikel dari Malaysia Insider yang kata kerajaan menafikan Planet Nibiru akan melanggar Bumi. Perincian berita ada di bawah. Entah apa-apa lah. Banyak perkara lain boleh dibuat dari berkonspirasi tentang berita ni kiamat ni. Dah jelas lagi terang dalam al-Quran, Allah berfirman yang hanya Allah sahaja yang tahu tentang bila Hari Kiamat ni. Malaikat pun tak tahu, Iblis pun tak tahu. Tiba-tiba je kaum asli Maya kata "kami tahu" hahahaha.  

P/S: Dari korang peningkan kepala korang dengan berita tahyul lagi khurafat ni, baik korang gi baca al-Quran banyak, tingkatkan amal ibadah dalam bulan puasa Ramadhan ni. Setiap amalam sunat adalah fardhu, setiap amalan fardhu digandakan dengan 70 kali ganda. Tak ke banyak tu? Umur kita ni pendek je kawan. Satu benda yang pasti, semua manusia yang hidup akan merasa kematian. Itu janji Allah yang pasti. Jadi rebutkan peluang keemasan bulan Ramadhan ini. InsyaAllah.

Petikan dari themalaysianinsider pada 14 Disember 2011 :

KUALA LUMPUR, 14 Dis — Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili berkata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.
“Pihak NASA telah mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.
“Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan,” katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen, di sini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Shamsudin Mehat tentang pendirian kerajaan berhubung dakwaan tersebut.
Dakwaan berhubung Planet Nibiru akan melanggar Bumi mula dibangkitkan pada tahun 1995 namun semakin hangat dibincangkan oleh orang ramai terutamanya di internet sejak tahun lepas. — Bernama

1 comment:

  1. aku dah dengar dah ada sumber menyatakan terdapat kesilapan teknikal dan di tunda ke tahun 3012 ..hahaha... mengarut jer dia orang ni ...

    ReplyDelete