Cukai Kereta Import
yang terlalu tinggi adalah dasar kerajaan Malaysia yang ingin melindungi
Proton sehingga “memaksa” rakyat Malaysia hanya mampu membeli kereta
keluaran Proton atau Perodua sahaja. Ini adalah akibat mereka yang
berpendapatan rendah tidak mampu memiliki kereta keluaran negara lain
yang lebih bagus dari aspek keselamatan dan kualitinya disebabkan
cukai-cukai yang tinggi yang dikenakan.
Berikut dipaparkan pada gambar-gambar di
bawah, merupakan harga-harga kereta import Completely Built Up (CBU)
dalam bentuk Cost, Insurance and Freight (CIF). Harga yang dipaparkan
dalam dokumen dibawah merupakan harga semasa kereta import apabila sampai pelabuhan di Malaysia. Dan ini pula senarai harga kereta selepas dikenakan pelbagai duti
CKD bermaksud Completely Knocked Down – Kereta akan masuk dalam bentuk komponen-komponen dan akan dipasang balik dalam Malaysia. Cukai yang dikenakan adalah lebih rendah.
Apa maksud CBU?
CBU bermaksud Completely Built-Up – Kereta import yang dibawa masuk, yang mana ianya telah dipasang siap di negara pengeluar apabila sampai ke Malaysia. Cukai dikenakan lebih tinggi daripada CKD.
Namun, sebelum itu, perlu diingatkan bahawa harga kereta import di dalam dokumen dibawah adalah tidak termasuk cukai import
yang dikenakan serta nilai keuntungan yang diambil oleh pengedar utama,
kepada syarikat penjual kereta, dan harga keuntungan salesman kereta.
NOTA= DI : Duti import | DE : Duti Eksais | CJ : Cukai Jualan
Berikut merupakan kadar cukai CKD sejak tahun 2006 :
Jika diperhatikan secara teliti, kita
ambil contoh mudah di sini iaitu, katakan anda ingin membeli kereta
Subaru Impreza WRX 2.0, harga CIF di yang dipaparkan pada imej di tas
menunjukkan harga dari pengeluar termasuk kos penghantaran ke Malaysia
adalah RM 60,291 sahaja. Namun, setelah dicampurkan dengan Duti Import,
Duti Eksais dan Cukai Jualan Mengikut jadual cukai yang diberikan, harga
kereta import ini terus melambung tinggi :
(30% +90% + 10% ) x Harga CIF Kereta (RM60,291) jumlahnya:(RM18,087.30 + RM54,261.90 + RM6,029.10) = RM 78,378.30
- Harga keuntungan yang bakal diambil oleh pengedar utama dan harga keuntungan salesman.
- Selain itu, jumlah ini belum lagi dicampur dengan insuran dan cukai jalan untuk membolehkan kereta ini berada di atas jalanraya di Malaysia.
Daripada contoh di atas, adakah anda
nampak sebenarnya harga kereta yang cukup hebat dan gah itu, hanya murah
sedikit daripada harga kereta Proton Waja? Dengan berbekalkan kuasa
kuda dan tork yang lebih hebat, Twin Airbags di depan serta di sisi,
dibekalkan pula dengan sistem brek ABS dan aspek dalaman serta luaran
yang lebih baik kualiti, ianya lebih baik serba-serbi daripada Proton
Waja keluaran negara kita sendiri.
Kereta pada masa ini, bukanlah suatu
yang asing. Malah ianya adalah satu kenderaan wajib atau asas keperluan
keluarga. Mungkin satu masa dahulu, kereta hanya mampu dimiliki oleh
orang-orang yang berada, namun begitu, pada zaman sekarang, kereta
merupakan keperluan asas untuk bergerak kemana-mana.
Saya bukanlah ingin bersikap prejudis
terhadap negara sendiri, namun apa yang cuba disampaikan adalah realiti
yang berlaku hari ini dalam industri automatif negara. Sebenarnya,
rakyat negara Malaysia sepatutnya diberikan hak dan kebebasan untuk
memilih dan menerima barangan yang lebih baik kualitinya.
Sekurang-kurangnya turunkan duit import yang boleh dikatakan agak
menekan rakyat ataupun industri automatif negara itu sendiri
dipertingkatkan yang melibatkan kereta Nasional.
Bukanlah mengatakan kereta keluaran
Proton atau Perodua tidak bagus, tetapi sebenarnya kita telah membayar
harga kereta Malaysia dengan kadar yang tinggi untuk kereta yang berada
dalam kelas sebegitu. Sepatutnya, kereta Proton Waja misalnya tidak
perlulah diletakkan harga terlalu mahal sehingga RM 64,000, sedangkan
kereta-kereta lain yang berada di kelasnya, malah lebih lagi, hanya
sekitar RM 62,000 sahaja.
“Cukai perlu tetapi biarlah munasabah”
Apakah yang membuatkan harga kereta Proton ini mahal sebenarnya?
- Ini adalah kerana Proton sehingga sekarang, masih lagi mengharapkan vendor-vendor yang dilantik, untuk membuat dan menghantar komponen-komponen pada Proton.
- Apa yang Proton buat adalah, hanya memasang komponen terbabit.
- Jadi, apabila vendor menjual komponen yang disiapkan kepada Proton, kemudian Proton juga mengambil peratus keuntungan terhadap komponen tersebut, harganya pastilah meningkat naik dan…………
- Akhirnya membebankan bakal pemilik kereta iaitu rakyat Malaysia sendiri yang terpaksa membayar kos harga yang tidak sepatutnya setiap bulan kepada bank.
Penggunaan kereta sudah menjadi
keperluan asas ketika ini. Diharap Proton mengambil teguran ini sebagai
teguran yang membina dengan harapan rakyat Malaysia mahu melihat
industri automatif negara berkembang pesat dan lebih maju kehadapan.
Sebagai inisiatifnya, Proton patut mengambil langkah wajar dalam
mengurangkan Vendor-vendor yang membekalkan komponen dan mula membuat
komponen di dalam kilang pemasangannya di sini. Ini secara tidak
langsung dapat mengurangkan kos “orang tengah” dan seterusnya, harga
kereta Proton dapat di selaraskan pada tahap ekonomi rakyat yang lebih
baik.
Baru-baru ini, faedah bank untuk
pinjaman kereta juga telah dinaikkan. Semestinya, pada waktu ini
bukanlah waktu yang sesuai untuk anda membeli atau menukar kereta baru.
Berikut adalah kadar terbaru faedah:
1) Kereta Import (Mercedes,Ferrari,Nissan,Toyota,Honda dll)
- Pinjaman 5 tahun – 3.5%
- Pinjaman 7 tahun – 3.75%
- Pinjaman 9 tahun – 3.85%
*Kadar lama antara 2.88% hingga 3.5%)
2) Kereta Nasional (Proton,Perodua,Naza,Inokom dll)
- Pinjaman 5 tahun– 3.85%
- Pinjaman 7 tahun– 4.00%
- Pinjaman 9 tahun– 4.10%
*Rate lama antara 3.5% hingga 3.75%
Kenaikan ini secara kasarnya adalah
berada di dalam lingkungan RM 12-RM 15 sebulan. Namun begitu, jika
diambil kira Rm 15 x 12 bulan x 9 tahun, jumlahnya adalah RM 1620. Satu
jumlah yang kecil bagi sesetengah orang yang berpendapatan tinggi namun
tidak, bagi ramai orang yang berpendapatan sederhana atau rendah.
Apa yang dikesalkan di sini adalah, Duti Eksais masih lagi tidak dikurangkan tetapi Faedah pula yang dinaikkan.
- Wajarkah rakyat Malaysia golongan pertengahan dan berpendapatan rendah diperlakukan begini?
- Mereka yang berpendapatan rendah mampu membeli kereta import ketika ini? Semestinya tidak
- Jadi apa pilihan mereka?
- Akhirnya….”dipaksa” membeli kereta yang kualitinya tidak setanding kereta keluaran negara lain pada harga yang lebih mahal malah tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik?
Kita sebagai pengguna berhak untuk
menyuarakan pendapat terhadap senario yang berlaku sekarang. Di mana
kedudukan AFTA yang pernah dicanangkan lebih 10 tahun dulu? Sampai
bilakah Kerajaan patut memberikan tongkat kepada Proton dan Perodua? Dan
sampai bila rakyat Malaysia harus membeli produk rebadged dari
pengeluar kenderaan lain harus berdepan cukai kereta import yang agak tinggi dan menekan rakyat bawahan
Terlalu banyak persoalan yang boleh
dibangkitkan. Namun penyelesaian mestilah dibuat secara ilmiah dan
toleran. Adakah anda bersetuju sekiranya, kita sebagai pengguna, berhak
menikmati kualiti dan keselamatan kereta yang lebih baik?