Rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar di luar negara boleh
mengimport kenderaan bagi maksud kegunaan persendirian dengan syarat
mendapat kelulusan atau permit (AP) daripada Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI). Bagi mendapatkan kelulusan tersebut
pemohon hendaklah memperoleh dan mengisi Borang Kastam JK69. Borang
tersebut terdiri daripada tiga salinan berkarbon dan oleh itu tidak
boleh dimuat turun dari laman web. Borang berkenaan boleh dibeli
daripada Kedai Percetakan Nasional (M) Sdn Bhd, Jalan Chan Sow Lin,
Kuala Lumpur (Tel : 03-92212022 / Fax :03-92220690). Kriteria yang
diperlukan bagi mendapatkan pertimbangan lesen import (AP) untuk membawa
masuk kenderaan persendirian untuk rakyat Malaysia yang bekerja atau
belajar di luar negara adalah seperti berikut :
1. Pemohon berada di luar negara secara sah bagi tempoh tidak kurang 1 tahun;
2. Kereta mesti didaftarkan atas nama pemohon sekurang-kurangnya 9 bulan di luar negara;
3. Perlindungan insuran atas nama pemohon sekurang-kurangnnya 9 bulan di luar negara;
4. Mempunyai lesen memandu yang sah (lesen percubaan tidak digunapakai);
5. Kembali ke Malaysia secara tetap setelah tamat tempoh belajar/bekerja di luar negara.
Orang
perseorangan yang tidak memenuhi syarat-syarat di perenggan 2,
dinasihatkan supaya tidak membawa balik kenderaan tersebut. Sekiranya
peraturan ini tidak dipatuhi, MITI tidak bertanggungjawab untuk
meluluskan lesen import berkemungkinan kenderaan yang diimport tanpa AP
akan diambil tindakan undang-undang oleh pihak Jabatan Kastam Diraja
Malaysia.
Peraturan ini merangkumi :
1. Pegawai Kerajaan yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara;
2. Penuntut Malaysia di luar negara;
3. Warganegara Malaysia yang bekerja atau bermastautin di luar negara;
4. Suami, isteri dan anak kepada pegawai dan kakitangan Home based yang berkhidmat di pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
Pemohon perlu memohon dengan mengisi Borang J.K. 69 yang boleh dibeli dari Percetakan Nasional Malaysia Bhd., Kuala Lumpur atau cawangannya. Borang yang siap diisi dengan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dihantar kepada:
Trade Services Division
Ministry of International Trade and Industry
2nd Floor, Block 10 Government Offices Complex
50622 Jalan Duta
Kuala Lumpur
Tel : 603-62034819
Fax: 603-62013012
MITI Cawangan Sabah
Tingkat 3, blok D&E
Bangunan KWSP
49,Jalan Karamunsing
88622 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 088-239061
Fax : 088-235645
MITI Cawangan Sarawak
Tingkat 3, Bangunan Bank Negara
93400 Kuching Sarawak
Tel : 082-257164
Fax : 082-417835
Maklumat lanjut boleh diperoleh dari Laman Web :www.miti.gov.my
Setelah
mendapat permit, bolehlah mengimport kenderaan tersebut dengan membuat
pengikraran kepada pihak Kastam Diraja Malaysia di stesen/ pejabat
Kastam di tempat kenderaan itu diimport dengan menggunakan Borang Kastam
No.1 yang boleh diperolehi atau dibeli di Kedai Percetakan Nasional (M)
Sdn Bhd, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur (Tel : 03-92212022 / Fax :
03-92220690) atau pejabat agen-agen penghantaran (beberapa Pejabat
Kastam ada juga menjual borang tersebut tetapi sebaik-baiknya hubungi
pejabat Kastam terdekat untuk mendapatkan kepastian) dengan menyertakan
dokumen-dokumen sokongan utama seperti permit (AP) dan kad pendaftaran
asal kenderaan.
Contoh Pengiraan Duti/Cukai Ke atas Kenderaan Penumpang CBU (Completely Build Up) Terpakai (Individu)

BMW 735iAL
Jenis Kenderaan : BMW Model 735iAL/ 2003
Kapasiti injin : 4,999 cc
Harga belian : Euro 36,277.84 (Euro 36,277.84 x RM 4.5562 = RM 165,289.09)
Tambang Kapal : RM 1,500.00
Insuran : RM 826.45
Nilai Kastam = RM 165,289.09 + RM 1,500.00 + 826.45 = RM167,615.53
Duti Import = Nilai Kastam x Kadar Duti Import (berubah mengikut Bajet)
RM167,615.53 x 200 = RM335,231.06
Duti Eksais = Nilai Kastam x Kadar Duti Eksais (berubah mengikut Bajet)
RM167,615.53 x 100 % = RM167,615.53
Cukai Jualan = Nilai Kastam + Duti Import + Duti Eksais
RM167,615.53 + RM335,231.06 + RM167,615.53 = RM670,462.12
Jumlah = RM670,462.12 x 10% = RM67,046.21
Jumlah Duti/ Cukai yang perlu Dibayar kepada
Kastam Diraja Malaysia BMW Model 735iAL /2003 = RM569,892.80
Nota: Harga belian kereta boleh diambilkira untuk tujuan kiraan nilai kastam dan pengiraan duti/cukai adalah anggaran sahaja. Walaubagaimanapun, Kastam Diraja Malaysia ada mempunyai doket harga kenderaan tersendiri untuk menentukan kiraan nilai kastam yang sebenar. Pengiraan duti/cukai juga ditentukan oleh tarikh pendaftaran asal kereta, model, kapasiti enjin dan tarikh pengimportan.