Pages

Friday 28 June 2019

Pelajar cedera terlibat kemalangan di bulatan

SIBU: Seorang pelajar perempuan cedera di mata kanan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di bulatan Jalan Tun Abang Haji Openg berdekatan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu petang kelmarin.

RAWATAN AWAL: Mangsa dirawat anggota APM di lokasi kejadian.

Dalam kejadian lebih kurang jam 3.30 petang itu, pelajar terbabit dipercayai sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Pihak polis yang berada lokasi kemudian menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah Sibu pada jam 3.42 petang untuk meminta bantuan rawatan kepada mangsa.

Anggota Unit Ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sibu yang tiba di lokasi mendapati mangsa mengalami kecederaan luka lebam di mata kanan dan mengadu sakit di bahagian dada serta bahu.

Mangsa telah diberi rawatan awal dan distabilkan dengan ‘servical collar’ sebelum dialihkan ke strecer untuk dihantar Hospital Sibu.

Tidak dapat dipastikan punca kemalangan namun mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment