Pages

Monday 13 April 2015

Ngayap : Jessica Alba Gadis Iban Sarawak

Filem The Sleeping Dictionary telah ditayangkan pada tahun 2003 menampilkan Jessica Alba sebagai pelakon utama sebagai gadis Iban di Sarawak.


Ia merupakan sebuah filem terbitan "Hollywood" yang mengisahkan perjalanan seorang lelaki Inggeris yang muda dan mentah, John Truscott (Hugh Dancy), yang mengunjung tanah jajahan Kolonial British di Borneo iaitu Sarawak pada tahun 1930.

Di daerah tersebut, dia bertemu dengan Henry Bullard (Bob Haskins) seorang warga Inggris  yang mempunyai pengaruh yang cukup besar. Di situ serba sedikit John memperkenalkan teknologi barat kepada penduduk tempatan.

Jessica Alba memegang watak Selima  sebagai gadis berketuruna Iban kacukan Inggeris, ingin menjadikan John sebagai pasangan "Ngayap"nya dan serba sedikit mengajar John tentang bahasa pertuturan serta cara kehidupan mereka.


Selima yang memilih sendiri John sebagai pasangan "ngayap"nya walaupun pada awalnya John menolak atas dasar agama yang dianutinya, akhirnya John terpesona dengan kecantikan Selima yang merupakan percampuran darah antara Iban dan Inggris.



Keindahan cinta mereka tidak sampai ke hujung kerana Henry dan Aggie (istri Henry) berusaha untuk menjodohkan John untuk anaknya iaitu Cecil.  Akhirnya John menikahi Cecil dan hidup di Kota London.


Kisah cinta John dan Selima tidak berakhir di situ sahaja. Bagaimanakah perjuangan cinta mereka seterusnya?

Lokasi penggambaran berlangsung Kuching, Taman Rekreasi Matang, Batang Ai dan beberapa lokasi perkampungan di sekitar Sarawak.

* "Ngayap" merupakan satu tradisi lama orang Iban membenarkan pemuda menemani anak dara secara terbuka dengan keizinan orang tua di rumah panjang.

**Disebabkan peredaran masa, amalan ngayap tidak lagi diamalkan pada masa kini. Namun demikian Ngayap adalah sebahagian kecil daripada budaya warisan iban. Untuk mengelakkan budaya ini dari disalahgunakan oleh generasi baru, maka amalan ini harus dihadkan untuk orang iban sahaja, sekiranya terdapat pelanggaran adap atau campurtangan kaum lain di dalam amalan ini, maka undang-undang boleh diambil seperti yang termaktup dalam Seksyen 132 Adat Iban, 1993.

--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment