Pages

Tuesday 4 July 2017

ADAKAH SARAWAK AKAN MENINGGALKAN MALAYSIA?


"UNTUK ANAK SARAWAK, DAN JUGA MALAYSIA. MENJAWAB PESOALAN ADAKAH SARAWAK AKAN MENINGGALKAN MALAYSIA"

*HANTAR PEGUAM SARAWAK KE LONDON, PETANDA SARAWAK KELUAR MALAYSIA?*
*PERJANJIAN MALAYSIA 1963 SUDAH LAMA TERKUBUR- PEGUAM*

1. Beberapa hari lepas YAB Ketua Menteri Sarawak mengumumkan untuk menghantar sepasukan pengamal undang-undang ke London untuk meneliti dan mengkaji semula kedudukan Perjanjian Malaysia 1963.

2. Ramai ahli politik mulai melahirkan kebimbangan terutamanya dari semenanjung Malaysia. Terbaharu, jurucakap Parti Amanah Negara (PAN) mengeluh dengan tindakan Sarawak ini kerana bimbang campur tangan asing. Sebelum itu, izinkan saya mencelah. Bukankah pembentukan Malaysia itu sendiri hasil campur tangan asing? British menghantar Suruhanjaya Cobbold pada 1960-an untuk menguruskan kedudukan pembentukan Malaysia sehingga tertubuhnya Malaysia dengan dianggotai oleh Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura.

3. "The Agreement was abrogated due to termination of the initial partner of the agreement ". Salah satu kenyataan yang saya perolehi dari sesi debat dengan beberapa orang pengamal undang-undang di ruang kolum penulis The Queen's Obligation, Zainnal Ajammain. Sejak Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, ramai juga pengamal undang-undang berpendapat bahawa kedudukan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sudah pun terkubur dan Perjanjian Malaysia 1963 tidak diperbaharui sejak insiden itu. Hal ini berikutan mengikut perjanjian asal, Malaysia itu ditubuhkan dengan keanggotaan empat pihak: Malaya, Sarawak, Sabah dan Singapura. Namun, itu hanya pendapat yang belum dipastikan.

4. "Buat apa simpan Sarawak, Malaysia tak perlukan Sarawak pun". Ini salah satu kenyataan mudah alih yang dilontarkan oleh seorang yang mengaku dirinya Pekerja Pelantar Minyak dari Miri. Katanya, minyak di Miri dah habis lama dah disedut oleh British dan Brooke dahulu. Dia seorang berprofession gaji belasan ribu, bukan anak jati Sarawak, tapi bekerja di Sarawak. Tapi, begitukah cara berterima kasih yang betul? Saya membalas balik pernyataan tersebut dengan simple juga "Kalau Sarawak tak penting, kenapa Malaya sanggup memilih untuk menghadapi Konfrotasi dengan Indonesia yang mahukan Sarawak? Kalau betul minyak di Miri sudah habis disedut, kenapa perlu hantar pekerja pelantar minyak di Miri? Buat apa kat sana kalau minyak dah habis? Saja-saja lepak dan enjoy?". Sampai sekarang saya tunggu jawapan dia. Namun, apa yang saya katakan menunjukkan betapa pentingnya Sarawak kepada Malaysia.

5. "18/20 points hanya sekadar wishlist". Ini satu lagi kenyataan tak fikir panjang yang saya terima. Memang betul, 18/20 perkara itu tidak dicatat secara bertulis dalam Akta Malaysia 1963, namun percayalah Akta itu digubal berlandaskan 18/20 perkara yang dipersetujui bersama. Sebab itulah kenapa Sarawak boleh menyekat mana-mana individu dari memasuki negeri ini tanpa perlu mengemukakan apa-apa alasan kerana itu termasuk dari 18/20 perkara yabg DIPERSETUJUI BERSAMA dari dahulu DAN keistimewaan itu masih dipraktikkan sehingga sekarang. Termasuk juga keistimewaan dari segi pengurusan kewangan negeri, iaitu Pelaksanaan Cukai.

6. "Role Ambiguity between Federal and State Government". Sepertimana yang disebut dalam poin ke 5, Sabah dan Sarawak mempunyai hak dan keistimewaan dalam menguruskan kewangan negeri termasuklah pelaksanaan cukai. Namun, ramai yang masih kabur tentang keistimewaan ini dan ianya nyata semenjak pelaksanaan Cukai Pelancongan yang mana Sarawak sebenarnya boleh untuk TIDAK mahu menguatkuasakan cukai tersebut, namun atas alasan "PELANCONGAN DILETAKKAN DALAM JADUAL PERSEKUTUAN", maka cukai itu tetap dikuatkuasakan seperti biasa walaupun terdapat banyak bantahan terutamanya sebahagian pemimpin Sarawak. Jadi, inilah salah satu sebab mengapa Sarawak perlu menghantar Pasukan Pengamal Undang-Undangnya ke London, bagi mendapatkan dan mengkaji naskah asal yang disimpan di sana. Terdapat banyak lagi kekaburan peranan yang berlaku antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan sehingga boleh dikatakan sebahagian besar hak Sarawak tidak dipenuhi, termasuklah tuntutan Royalti Minyak dan Gas Asli.

7. "Royalti Minyak Sarawak, Tiada Apa-Apa". Ramai juga yang saya lihat menidakkan kepentingan sumber Minyak dan Gas Asli dari Sarawak dalam menjana pendapatan bagi Malaysia. Sarawak merupakan penyumbang ekonomi Malaysia ketiga terbesar. Kalau betullah sumber minyak dan gas asli dari Sarawak tak berharga buat Malaysia, tak ada maknanya YAB Perdana Menteri masih enggan untuk serahkan kembali royalti minyak kepada Sarawak. Bukannya minta semua, hanya 25% sahaja pun. Tapi Kerajaan Persekutuan masih enggan bersetuju walaupun sudah diminta berbuat demikian, menanda betapa pentingnya minyak dan gas asli dari Sarawak untuk Malaysia.

8. PALING PENTING: Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Asli dari Sarawak bukanlah bertujuan untuk membalas dendam dengan Negeri-Negeri Tanah Semenanjung, akan tetapi lebih bertujuan kepada Pembangunan Pesat negeri Sarawak. Sarawak sudah berkongsi dengan Malaysia selama 5 dekad, dan apa yang disaksikan Sarawak masih dilihat sebagai "negeri hutan". Sarawak masih ada Kapit untuk dimajukan, pedalaman Sarawak masih ada yang tidak mempunyai bekalan letrik dan air yang sempurna. Orang Sarawak pun mahu juga merasa jalanraya yang elok, nyaman dan sempurna sepertimana yang ada di Semenanjung Malaysia. Orang Sarawak juga mahu lihat bandar-bandar berdiri cantik di negeri mereka. Selama ini kami berkongsi rasa bangga apabila melihat kehebatan pembangunan dari Johor hingga Perlis. Tapi dalam masa yang masa kami di sini masih mahu Sarawak kelihatan begitu. Apa salahnya kali ini, bagi sedikit royalti minyak itu. Negeri ini besar dan sudah tentu perbelanjaan untuk membangunkannya juga sangat besar. Bayangkan tanah yang hampir seluas Semenanjung Malaysia, disana perbelanjaan pembangunan dikongsi oleh 12 Kerajaan Negeri, manakala di Sarawak hanya satu sahaja kerajaaan negeri yang menanggung semua kos dan perbelanjaan untuk saiz kawasan yang hampir sama.

Kesimpulannya, menghantar Pasukan Pengamal Undang-Undang dari Sarawak Ke London untuk tujuan MEMBAWA SARAWAK KELUAR DARI MALAYSIA adalah meleset sama sekali sebagaimana yang difikirkan sesetengah pihak. Tujuan utamanya lebih kepada mengkaji struktur dan mengenalpasti Hak-Hak Sarawak dan juga Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 serta mengkaji balik kedudukan Perjanjian Malaysia 1963 untuk perspektif hari ini.

Saya, anak Sarawak dan anak Malaysia masih mahukan Persekutuan Malaysia ini masih berdiri utuh hendaknya. Namun, kali ini janganlah anggap kami seperti "menumpang" dalam persekutuan ini. Rakyat Sarawak bukanlah 2nd Class Citizen, tetapi mereka adalah warganegara yang sama seperti rakyat di semua negeri-negeri di Malaysia. 

Walaubagaimapun, itu tidak bermakna Sarawak tidak boleh menuntut hak dan keistimewaannya seperti yang telah dipersetujui dahulu.

Harus diingat:
Sarawak bukan sekadar negeri di dalam Malaysia, bahkan Sarawak juga merupakan antara negara yang MEMBENTUK MALAYSIA bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu, North Borneo (Sabah) dan Singapura.

"Tiada Sarawak, Tiada Malaysia"

Aku sayang Sarawak, 
Aku juga sayang Malaysia.

"Bersatu Berusaha Berbakti"
"Sarawak Dalam Malaysia"

SYAHRIZZAL ARFANDY 
04 JULAI 2017

-s.arfandy-

15 comments:

  1. Saudara, brp ramaikah penduduk islam di sarawak sekarang?

    ReplyDelete
  2. Jgn sebut pasal agama saudara . sensitif . sy sendiri muslim menetap dan membesar di kepulauan borneo . harus difahami bahawa sabah dan sarawak ini mempunyai suku kaum yg bnyak dan tidak semua beragama islam ada yg masih mengamalkan ajaran agama pagan tetapi kita harus menghormati . mereka boleh hormat kita . kita pun mesti boleh hormat mereka . ada rezeki nanti datang lah melancong le sabah dan sarawak untuk melihat toleransi antara suku kaum dan agama yang unik di kepulauan borneo ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt stuju..jgn mudah mnilai ppulasi srwk mcm malaya..kami punya masy pribumi yg pelbagai d sikap toleran yg tinggi..agama x pnlaian yg tepat bkaitan pddk srwak..

      Delete
  3. kalau keluar sarawak...masalah kepada mereka yg berkahwin antara org semenanjung dan sarawak. status mereka..anak2 mereka macamana?. org sarawak yang kerja dengan 'kerajaan Malaysia'..sykt malaysia.. akan dihantar pulang ?..org semenanjung pula balik negeri?. toleransi suku kaum swak dan sabah amat baik..tapi kalu pandang negatif/anti org semenanjung....anda tetap racist..2x5 je. tak semua org semenanjung racist pada org swak dan sabahan.ramai cikgu semenanjung mencurah bakti kat sana..duduk pedalaman lagi.pemimpin Sarawak (you know who) & Sabah dari dahulu lagi patut lebih tegas dan bantu negeri untuk maju..bukan utk kembungkan poket sendiri dan keluarga sendiri. Baru sekarang nampak ketegasan pemimpin sarawak.... jgn nak salahkan org lain jak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting warga sarawak nak tahu butir2 didlm perjanjian malaysia 1963

      Delete
    2. Soe ea.. kerana kami warga sarawak berfikiran yg seperti saudara maksudkan, Sarawak x brapa maju kalau dibandingkan malaya.. x payah sebut psl pemimpin sarawak yg terdahulu.. dh basi.. kita warga sarawak dh pandang ke hadapan untuk generasi yg akan datang.. lgpun malaya dan sarawak xda persamaan langsung..

      Delete
    3. Sarawak takkan keluar dari Malaysia, itu saya pasti, apa yang dilakukan oleh Ketua menteri Sarawak adalah betol jika mahu negeri Sarawak maju dan seiiring visi nya mahukan Sarawak as lead State dalam Malaysia socially, politically, economically and technology, semua ini takkan dapat dicapai jika Sarawak maseh lagi di tidak pasti role nya sebagai salah satu negara yg membentuk Malaysia, saya yakin apa yg Ketua Menteri Sarawak mahu lakukan adalah untuk kabaikan rakyatnya, kalau hanya mengharapkan Kerajaan persekutuan lagi2 leadership yg ada sekarang ni, amat sukar utk sarawak mencapai visinya, contoh dah jelas dgn reaksi menteri perlancongan kita bila Sarawak mempersoalkan cukai tersebut, belom lagi bab royalti dan sebagainya, tidak salah Sarawak ada kepentingan sendiri utk memajukan negeri, sbb Sarawak bukan negeri yg masuk Malaysia, Tapi Sarawak adalah salah satu negara yg membentuk Malaysia, bab kahwin dan kerja itu adalah pekara kecik dan dapat diselesaikan (jika keluar) pekara cetek jika nak usulkan, apa yang penting toleransi antara kaum di Sarawak adalah asas Sarawak maseh hidup harmoni dan bercita-cita tinggi walau agak ketinggalan walau dibanding negeri lain, kalau bukan kerana komuniti di Sarawak, pasti mcm negeri yg lain, setakat diam-diam diri dan lihat dari seberang hujan batu dinegeri org, apa-apa pun Hidup Malaysia

      Delete
    4. jangan samakan kami dengan Sabah, Sabah lama dibawah bumbung umno, di Sarawak maseh kuat lagi PBB, Leadership UMNO DAN PBB JAUH BERBEZA , Melayu Umno hanya perjuangkan hanya utk kepentingan untuk satu bangsa sahaja, Melayu Sarawak memperjuangkan untuk semua bangsa, begitu juga bangsa lain di Sarawak memperjuangkan utk bangsa yg bukan sama bangsa mereka.

      Delete
    5. Apa masalahnya klu Swk kluar Msia? Yg kahwin + tu pandai2 lah pilih nak jadi warga mana. Jgn lah nak timbulkan isu remeh. Klu Timur Leste boleh berdiri sendiri selepas kluar dr indonesia, kenapa pula Swk tidak?....apa gunanya United Nations? Jgn lah nak takut rakyat dgn pemikiran narrow sedemikian.

      Delete
  4. Sy org semenanjung amat menghormati bangsa sarawak y pelbagai y mampu menghormati sesama mereka malah jika islam y dtg gawai d sarawak dhidang air tapai y x mabuk...

    ReplyDelete
  5. Terserah kpd Gen Y ..apa apa boleh terjadi kalo Gen Y tiada Penasihatbbyg berwibwa...

    ReplyDelete