Pages

Tuesday, 19 September 2017

Polis serbu premis judi siber dan loteri atas talian di Satok



KUCHING: Tindakan berani pengusaha premis menjadikan premisnya sebagai pusat transaksi judi siber dan loteri atas talian (online) akhirnya mengundang padah apabila rumah kedai di Jalan Satok itu diserbu polis kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Datuk Dev Kumar berkata serbuan dilakukan sepasukan anggota JSJ Sarawak yang diketuai ASP Lim Jaw Shyong sekitar jam 5.15 petang. Pemeriksaan lanjut mendapati premis tersebut dijadikan sebagai pusat transaksi judi online.

“Ini (pusat transaksi) merupakan kes pertama di Sarawak.
“Premis ini berperanan mengutip pertaruhan secara online bagi 4D dan pembayaran atas talian untuk isi semula dan kemenangan bagi judi siber,” katanya.

Dalam serbuan itu, polis menahan tujuh individu berusia antara 17 hingga 30 tahun termasuk seorang penyelia premis yang berusia 20 tahun.


Sebanyak lapan unit komputer dan 18 telefon bimbit yang digunakan untuk melakukan transaksi online turut dirampas.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pertaruhan 1953.

Menurut Dev, setakat ini enam suspek telah direman dua hari manakala seorang lagi suspek yang merupakan warga asing direman 14 hari mengikut Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan.

--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment