Pages

Friday, 29 September 2017

Kanak-kanak 10 tahun dakwa dirogol jiran sejak prasekolah


LIMBANG: Seorang lelaki ditahan polis selepas pendedahan seorang kanak-kanak berumur 10 tahun yang mendakwa dia telah dirogol suspek juga jirannya sejak prasekolah lagi.

Pengakuan mangsa kepada keluarganya pada Isnin lepas telah membawa kepada penangkapan suspek berusia 21 tahun bagi membantu siasatan sebelum direman di Mahkamah Majistret Lim- bang di sini kelmarin.

Laporan polis dibuat sekitar jam 10.30 pagi Isnin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesah menerima laporan namun enggan mengulas lanjut.

Dalam kes berasingan, seorang anggota polis berpangkat koperal ditahan selepas positif dadah dalam satu pemeriksaan di sini tengah hari semalam.

Suspek, 36, dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Limbang ditahan jam 12.30 di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Limbang.

Mohd Bukhori berkata ujian saringan awal polis mendapati suspek positif Amphetamine dan Methampetamine.

Kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment