Pages

Tuesday, 19 September 2017

Kawasan sekitar kubu Emma tenggelam dan berlubang.


Mungkin disebabkan faktor hujan yang kerap sejak kebelakangan ini menyebabkan tanah di kawasan berhampiran Kubu Emma, Kanowit menjadi mendap. Keadaan ini amat merbahaya untuk orang ramai kerana akibat mendapan ini, kawasan ini menjadi berlubang dan tenggelam.

Kawasan ini sering menjadi tumpuan orang ramai pada waktu petang terutamanya kanak-kanak yang suka bermain di sekitar kawasan ini.

Untuk mengelak kejadian yang tidak dingini, pihak polis ketika melihat keadaan ini mengambil inisiatif menutup kawasan ini sementara menunggu pihak berkuasa yang berwajib mengambil langkah seterusnya.



--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment