Pages

Wednesday, 3 August 2016

Sarawak tuan rumah Sukan Paralimpiad Malaysia ke-18



Kuching - Seramai 277 atlit OKU Sarawak akan mengambil bahagian dalam 9 acara sukan kejohanan tersebut dengan 80 pingat disasarkan menjadikan Kuching dan Kota Samarahan sebagai venue utama.


Datuk Hajah Fatimah Abdullah menyerahkan bendera Sarawak kepada ketua kontigen Sarawak Dr. Abdul Rahman Ismail, Menteri Muda Kebajikan Sarawak di Dewan serbaguna komplek belia dan sukan Sarawak di Kuching.

Lebih dari 1,000 atlet khas dari golongan OKU akan berentap dalam temasya sukan 5-hari tersebut dan antara 9 sukan yang diadakan adalah renang, olahraga, badminton, ping pong, angkat berat, memanah, 10-pin boling, catur dan boling padang.

Antara acara yang diadakan di kawasan Petra Jaya ialah renang di Pusat Akuatik Sarawak, boling padang di Arena Boling Padang Sarawak, Olahraga di Stadium Sarawak dan Ping Pong di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak.


Di Kota Samarahan pula acara yang terlibat ialah memanah, badminton dan catur di kampus Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) manakala angkat berat diadakan di Dewan Jubli, UiTM Samarahan.

Orang ramai adalah dijemput hadir dan pass masuk adalah percuma.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment