Pages

Thursday, 4 August 2016

Lelaki Melempias Nafsu Dengan Gadis Bawah Umur di Tahan

Gambar sekadar hiasan

Kuching - Seorang remaja lelaki ditangkap polis untuk siasatan lanjut selepas didakwa merogol seorang gadis berusia 16 tahun yang merupakan teman wanitanya.

Menurut sumber, laporan polis terhadap suspek dibuat selepas mangsa melahirkan seorang bayi pada 27 Julai lalu di Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Justeru, bertindak atas laporan polis yang dibuat keluarga mangsa, suspek berjaya ditangkap oleh anggota polis di sebuah rumah di Tabuan Lot sekitar jam 10.30 pagi tadi (30 julai).

“Suspek akan dihantar menjalani ujian DNA untuk mengesahkan sama ada dia adalah bapa kepada bayi tersebut atau bukan,” kata sumber yang turut memberitahu suspek berkenalan dengan mangsa sejak November tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai semasa dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memberitahu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan masih dijalankan.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment