MIRI: Seorang isteri membuat laporan polis pada Rabu lepas selepas suaminya mendatangkan
kecederaan secara fizikal dan mengugut untuk membunuhnya.
TimbalanKetuaPolis Daerah Miri Superintenden Stanley Jonathan Ringgit berkata, laporan dibuat wanita berusia 31 tahun apabila suaminya berusia 35 tahun mengamuk dan cuba menumbuknya namun sempat dielak Katanya, kejadian berlaku di rumah suami isteri tersebut di Kampung Tudan Fasa 3 di sini pada jam 7.04 malam.
“Punca kejadian dipercayai suspek memarahi isteri kerana lambat balik kerja ketika suspek menjemputnya.
“Difahamkan, pasangan sering bertengkar dan suami mencekik serta menampar isteri malah mengugut bunuh isteri dan anak-anak,” katanya dalam satu kenyataan kepada media semalam. Stanley berkata suspek ditangkap pada hari sama dan kini direman sehingga 20 November.
“Kes ini masih dalam siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya