Pages

Thursday, 12 October 2017

Permit buru dan memperdagang buaya diluluskan



KUCHING: Sarawak meluluskan permit permohonan memburu dan memperdagang buaya di beberapa sungai yang diketahui berdepan risiko ancaman reptilia tersebut menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Permit memburu dan perdagangkan buaya di luluskan selepas taraf kategori buaya diturunkan daripada Apendiks I kepada Apendiks II.

Dengan penurunan ini, garis panduan memburu dan perdagangkan daging atau kulit buaya untuk dikomersialkan dalam pasaran domestik dan antarabangsa dikeluarkan.

Awang Tengah mempelawa mereka yang mahu mendapatkan lesen memburu buaya boleh memohon dengan Jabatan Hutan Sarawak (JHS).

Malaysia berjaya mendapat penurunan taraf kategori Apendiks I kepada Apendiks II pada mesyuarat Persidangan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam (CITES) di Afrika Selatan 2016.

Peningkatan mendadak buaya di Sarawak mula mencetuskan konflik dengan manusia semenjak 2010.

Setakat ini sebanyak 10 lesen kebenaran memburu buaya telah dikeluarkan kepada 10 individu menurut Pengarah JHS Sapuan Ahmad.

Walaubagaimanapun, ordinan negeri masih melindungi buaya sebagai spesies terancam, namun terdapat peruntukan khas membenar reptilia itu dibunuh dan ditangkap dalam situasi mempertahankan diri. 
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment