Pages

Wednesday, 11 October 2017

Mandur ditangkap suspek terlibat dengan aktiviti dadah


BETONG: Seorang lelaki berusia 36 tahun diberkas polis kerana disyaki terlibat dengan aktiviti dadah di sini.

Suspek telah ditahan Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Betong dalam serbuan di sebuah rumah di Taman perumahan Debak.

Suspek yang bekerja sebagai mandur dan berasal dari Sibu ditahan semasa berada di hadapan rumah tersebut.

Menurut jurucakap Polis, serbuan dibuat hasil maklumat orang awam yang seterusnya disusuli dengan risikan yang dibuat Polis BSJND IPD Betong.

Hasil serbuan pihak polis telah berjaya menjumpai 3 paket lutsinar berisi ketulan kristal yang disyaki dadah jenis syabu dengan angaran berat kasar 2 gram yang disembunyikan suspek di dalam poket seluar yang dipakai oleh suspek.

Hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati dia positif dadah.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Sek.15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment