MENJAWAB KENYATAAN LIAR PEGUAM SELEBRITI DAN KUNCU-KUNCUNYA
1. Ini bukan pertama kali aku kena respon kenyataan Peguam Khairul Azam Abdul Aziz a.k.a Buzze Azam (ko siap ada FC puiii hahaha) setelah beberapa kenyataan termasuklah isu Polis dan Kereta Peronda.
2. "Perlembagaan ditulis semula bila Sabah Sarawak Keluar Malaysia". Dimohon tuan Peguam yang "terpelajar" untuk belajar balik sejarah ya. Kalau boleh ambik paper perlembagaan sekali lagi. Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada 1956 untuk merangka Perlambagaan Tanah Melayu yang mana terpakai sejak 25 Ogos 1957 sehingga SEKARANG. Semenjak pembentukan Malaysia pada 1963, tiada pun PERLEMBAGAAN MALAYSIA ditulis semula, melainkan perlembagaan sedia ada DIPINDA SEDIKIT dengan mengekalkan183 perkara. Jika boleh saya katakan, kita (Sabah Sarawak) masih menggunakan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU sehingga sekarang. Jadi, bikin apa mahu tulis baru?!? Kau orang pakai sajalah Perlembagaan tu.
3. "Pendatang dari China dan India", kenyataan ini dah tunjuk mentaliti sempit seorang peguam. Di Sarawak bahkan di Sabah juga, orang-orang Cina dan bangsa-bangsa lain yang bukan bumiputra tidak pernah digelar PENDATANG! Mereka ialah orang Sarawak dan orang Sabah seperti yang lainnya. Hal ini ditegaskan sendiri oleh Allahyarham Tok Nan dahulu. Sebab ada orang macam kau lah wujudnya beberapa siri pertelagahan antara kaum di Semenanjung Malaysia (walhal bukan main kau kumpul 1 juta tandangan untuk kekalkan Akta Hasutan 1948).
4. "Sambil menyelam, minum air". Itu peribahasa sesuai untuk kau yang sengaja mencelah dalam Isu Sarawak Menghantar Peguam ke London, dalam masa yang sama apa yang banyak kau tekan ialah MENULIS SEMULA PERLEMBAGAAN, MENDAFTARSEMULA KERAKYATAN CINA DAN INDIA dan HANYUTKAN SEBAHAGIANNYA KE LAUT CHINA SELATAN. Fahaman rasis kau itu membuatkan kau pilih untuk masuk dalam isu ini, kerana dari situ kau mengira bahawa ada butang "reset" untuk perlembagaan persekutuan.
5. "Asyik aku je kena jaga hati kau...". Amboi amboi amboi, orang lain panas hati engkau buat muka dek, bila kau panas hati kau mahu orang kisah? AMBOI! (lagu amboi3x). Dalam isu menghantar Pengamal Undang-Undang ke London bukannya isu Pembubaran Persekutuan Malaysia. Tapi ini merupakan isu mengkaji dan mengenalpasti hak hak Sarawak dalam MA63. Jadi, dekat mana motifnya orang Sarawak tengah melukakan hati kamu tu? Mana? Ouh, adakah menjadi kesalahan mempertahankan serta mendapatkan kembali hak-hak sendiri? Begitukah tuan peguam yang "terkenal"?
6. Selama 5 dekad, Sarawak BUKAN penumpang dalam Persekutuan Malaysia. Selain penyumbang terbesar ekonomi negara, Sarawak juga telah bermurah hati untuk berkongsi 95% dari hasil Minyak dan Gasnya untuk membangunkan Malaysia (yang condong ke sebelah sana). Alhamdulillah, kalian sudah pakai jalanraya cantik-cantik, bangunan tinggi-tinggi, lepas itu anak-anak terpelajar (tapi sayang ada juga yang kurang ajar macam... ). Nak kata kami tak jaga hati kalian, penipu sangat. 50 tahun, kami sama berbangga dengan apa yang ada di sana, cuma setelah tempoh 5 dekad, kami hanya minta SIKIT sahaja hasil carigali di Sarawak untuk bangunkan pedalaman Sarawak, nak juga merasa jalanraya macam korang dan nak juga tengok anak-anak kami senang untuknke sekolah (belajar, tapi tak mahu kurang ajar). Sikkan kau jak nak cerik jeraya bagus, kedey bertingkat-tingkat dan kamek orang situk masih ke hulu ke hilir pake jeraya nok nyuroh patah pinggang. Tuyuk kau tuk kali yahhh.
7. "Sarawak terhegeh-hegeh nak bentuk Malaysia". Hmmm... Kejap ya. Sarawak Ranger dah ada masa tu. Police pun dah ada. Tapi memang tak dinafikan ATM menyumbang besar terhadap operasi membanteras Gerakan Komunis di Sarawak. Tapi, Malaya takkan ambil Sarawak dan Sabah jadi EQUAL PARTNER (sepatutnya) dalam Malaysia, jika Sarawak tak penting. Bab ketenteraan, saya tak nak ulas, sebab memang betul mereka berjuang juga di sini. Benda baik kami tak nafikan. Bukan macam SEBAHAGIAN KALIAN, dah kenyang buat pura-pura tak tahu makan dari mana.
8. Bagi yang nak sangat Sabah Sarawak keluar Malaysia, fikir-fikirkanlah. Dengan 6% cukai GST sudah buat kalian separuh gila, sanggup ke nak bayar lebih lagi? Denga harga minyak tak menentu kejap naik kejap turun, beban sama dirasai. Sebab itu Sarawak tak minta 95% Royalti, memadai 25-30% dulu (sebab kita masih saudara senegara, kahwin pun orang sana sini. Dah jadi keluarga dah). Nak lihat masa mana minyak Sarawak tu betul-betul berharga? Tengok masa KM Sarawak datang minta royalti lebih sikit dekat PM. Susah nak bagi, sebab PM tahu sumber minyak tu berharga. Bayangkan kalau 100% tak ada? Aku rasa GST korang kena bayar nak kena 60%.
9. Tapi bro, ini negara Malaysia, kita masih boleh tengok sama-sama kita senang. U orang sudah senang di sana, itu macam you boleh cakap pandang langit sampai dekat mana you pijak. Orang Sarawak minta sikiiiiiitttt saja, sudah mahu bising, kalau minta semua? Tak pernah ooo kami mahu orang Malaya hidup susah, sebab kami sini biasa hidup susah (walaupun kami kaya). Orang Malaya bukan orang lain meh, can orang sinun, berbini berlaki orang sinun. Sik dapat nak lari ke sini. Cuma sebelum aku nak habis kelaka, paham bena2 lok pok. Belum dak gik sampei keluar Malaysia, kamek orang baru mintak sikit hak dikpun, you udah melenting meroyan. Ooo haaa. Sampei jak kau. Sikdo orabg Sarawak mintak dipujok, mun endak lama juak dah sidak ya sound. 50 tahun pok, kito beridup samo. Kitak orang sinun udah nyaman, apa salah kita nyaman sama-sama.
"BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU"
"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"
SYAHRIZZAL ARRFANDY
15 JULAI 2017