Satu formula bagi menentukan harga bahan bakar akan diumumkan dalam minggu ini dalam usaha menstabilkan industri minyak negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan syarikat minyak pada minggu ini untuk membincangkan formula tersebut bagi kepentingan semua pihak.
"Rakyat kena simpati kepada pengusaha stesen minyak yang alami kerugian apabila harga minyak turun.
Pengusaha stesen minyak juga mengalami kerugian apabila harga minyak turun dan mereka merasakan menjadi mangsa," katanya.