KUCHING: Satu mayat reput tanpa identiti ditemui di Tingkat 2, bangunan kosong berhampiran Pasar Raya Green Dragon, Metrocity Matang awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai memberitahu, mayat ditemui oleh orang awam, yang kemudian memaklumkan pihak polis sekitar jam 1.30 pagi.
“Mayat kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umuk Sarawak untuk proses kenal pasti identiti dan mendapatkan waris sebelum bedah siasat dijalankan.
Pemerhatian awal katanya, mendapati tiada sebarang unsur jenayah.
“Ketika ini kita mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut.
“Sehubungan itu, kita memohon orang ramai yang ada saudara mara yang hilang agar menghubungi Balai Polis Gita untuk membolehkan mereka membuat pengecaman mayat,” katanya lagi.