Pages

Thursday, 11 May 2017

Ibu kandung dera anak diberkas



Limbang - Tiga kanak-kanak berusia antara 10 dan 12 tahun dipercayai mangsa dera ibu kandung sendiri di sebuah perumahan, di Kuala Berawan Baru disini tengah hari semalam diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan tiga kanak-kanak terbabit dan mereka dikatakan dikurung sejak dua minggu lalu termasuk tidak dibenarkan ke sekolah sepanjang tempoh itu.

Ibu mangsa berusia 35 tahun dalam proses perceraian dengan suaminya ditahan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, tiga beradik terbabit dirujuk ke Hospital Limbang untuk pemeriksaan doktor sebelum tindakan lanjut termasuk dihantar ke pusat pelindungan kanak-kanak selepas mendapat kebenaran mahkamah untuk proses penjagaan sementara.

Suspek jelasnya juga akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan sama ada mengalami masalah mental dan sebagainya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, Penderaan Fizikal atau Mental Terhadap Kanak-Kanak.

Kredit Foto : JKM Sarawak
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment